Assalamualaikum readers, memandangkan
Thanks :) enjoy... Kau Yang Kupilih bab 5
Balik saja ke FH,
Nabila laju melangkah meninggalkan Zahid. Dia ingin berjumpa abangnya untuk
memberitahu dia tarik diri dari terlibat dalam projek sebentar tadi. Rasanya
dia tidak akan tahan berurusan dengan lelaki yang bernama Khairie itu. Biarlah
Zahid seorang saja yang handle, bisiknya.
Zahid
yang tertinggal jauh ke belakang menggaru kepala yang tidak gatal. “Dah kenapa
dengan Bella tu?” katanya sendiri.
Ketukan
pintu yang agak… erk… ganas mengganggu konsentrasi Faizul. Tidak pernah pula Farida
mengetuk pintu begitu. Mahu tercabut pintu tu nanti. Tapi, belum sempat dia
mengarahkan masuk, pintu dikuak. Hai, baik tak payah ketuk tadi.
Niat
di hati ingin menegur sikap pekerjanya tadi terbantut tatkala wajah adik
kesayangan tersembul keluar.
“Adik.”
Wajah
Nabila yang menyinga itu dipandang dengan terkejut. Dah kenapa dengan adik aku
sorang ni? Soal hatinya. “Adik ni kenapa? Muka macam tu. Dah la ketuk pintu
macam nak tercabut. Cuba duduk, rileks dulu.”
Nabila
mendengus. Banyaklah kau punya rileks!
“Adik
tak nak handle projek tu lagi. I’m so not into it.”
Faizul
sedikit terkejut. Baru sekali mesyuarat, takkan dah tarik diri? Mesti ada
something, bisik hatinya. Tapi masaklah kalau Nabila tarik diri. Nak harapkan
Zahid? Dia sudah mengarahkan Zahid untuk menguruskan pembukaan cawangan baru
Terengganu. Itupun dia terpaksa membuat muka kesian dengan Zahid kerana orang
kanannya itu sudah banyak mengendalikan projek lain. Kalau yang ni pun nak bagi
Zahid, baik Nabila duduk rumah tunggu orang pinang saja!
Tidak
boleh tidak, dia kena memujuk adiknya itu.
“Hey,
kenapa buat keputusan terburu-buru? Kesianlah kat Zahid nak handle
sorang-sorang. Along memang tak boleh masuk sebab Along pun cukup serabai
dengan projek-projek lain. Papa pula dah serahkan segalanya dekat Along. Adik
jangan macam ni, adik kena tolong Along.” Faizul memasang muka kasihannya.
Kesian?
Jadi siapa nak kesiankan dia? Tukas Nabila. “Tak kiralah! Adik rasa tak boleh
nak berurusan dengan CEO Hariz Construct tu lagi. Alah, lagipun adik baru lagi.
Biarlah adik handle projek kecil-kecil dulu. Zahid tu ada, adik yakin dia boleh
buat. Diakan orang kepercayaan abang?”
Fikiran
Faizul semakin serabut. Difikirnya lagi alasan yang boleh direka.
“Adik,
Zahid memang boleh handle sebab dia berpengalaman. Tapi, dah terlalu banyak
projek Along pas kat dia. Kalau yang ni pun bagi dia, kesianlah dia dik. Tidur
kat ofis jawabnya dik. Alah dik, adik kenalah biasakan diri handle
projek-projek macam ni. Adik jangan macam ni. Dahlah Angah tak boleh diharap.
Belajar benda lain, kerja benda lain.” Faizul mendengus geram mengenangkan
Fazril, anak kedua dalam keluarga.
Fazril
agak berbeza dibandingkan dengan dia dan Nabila. Fazril lebih cendenrung dengan
kerjaya seni. Minatnya terhadap bidang photography memang terserlah sejak di bangku
sekolah lagi. Tapi Datuk Halim tetap mahukan Fazril mengikut jejaknya jadi
Fazril dihantar ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Business
Managment. Nasib baik Fazril mahu menurut cakapnya.
Bertahun
di negara orang, akhirnya Fazril pulang ke tanah air. Namun alangkah
terkejutnya mereka sekeluarga apabila Fazril menyatakan ingin membuka
perniagaan sendiri. Bila ditanyakan apakah bidang perniagaan yang ingin
diceburi, mereka sekali lagi terkejut. Fazril mengatakan dia ingin membuka
studio. Dia juga berkata dia di sana dia ada mengambil course photography.
Akibat terkejut, Datuk Halim diserang sakit jantung.
Semasa
Datuk Halim dikejarkan ke hospital, Fazril pula nekad membawa diri. Dia
mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu atas alasan yang mereka sendiri
tidak tahu. Mungkin kerana jiwanya memberontak, telah Faizul. Sampai sekarang
Fazril tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga. Menjenguk papa dan mama jauh
sekali. Namun Faizul masih bersyukur kerana Fazril kini berjaya dalam bidang
yang menjadi minatnya itu. Hasil kerjanya sering mendapat perhatian
majalah-majalah. Tapi dia yang tidak cukup tangan mengendalikan urusan pejabat
ditambah pula dengan kondisi kesihatan papa yang tidak kurang stabil.
Nasib
baik masih ada dia dan Nabila yang dapat meneruskan hasil titik peluh Datuk
Halim. Itupun Nabila juga sebenarnya lebih meminati bidang kulinari. Huh,
susah! Itupun dia yang memujuk agar Nabila mahu melanjutkan pelajaran dalam
bidang Business Management. Alhamdulillah, Nabila tidak melencong mengambil
kursus lain. Tapi agak lama juga, bertahun adiknya belajar di negara orang.
Habis satu kursus, disambung dengan kursus lain. Disebabkan itulah dia
membenarkan Nabila bercuti lama sebelum masuk ke syarikat.
Nabila
melambai tangannya di hadapan Faizul. “Along kau ni kenapa?”
Sepi.
“Along!”
satu cubitan di pipi cukup untuk membuatkan Faizul kembali ke alam yang nyata.
“Apa?” soalnya bingung.
“Huh!
Tadi bukan main merayu orang. Sekarang boleh pula tanya, apa?” rungut Nabila.
Faizul
tersengih. Baru dia ingat. Tadi dia sedang memujuk Nabila. “Adik tolonglah ya?”
Nabila
merenggus.
“Alah
dik, sekali ni aje. Ya? Please… Along belikan iPhone yang baru keluar tu, okay
tak? Cool tak?”
Nabila
tersenyum sinis. “Tak payah. Orang tolong ikhlas. iPhone tu aku dah beli hari
tu. Tapi kalau keluar model baru, kau kena belikan aku! Janji?” Nabila
bersetuju juga untuk meneruskannya walaupun hati masih meraung kata tidak.
Kasihan juga abangnya itu merayu-rayu siap offer barang.
Faizul
tersenyum.”Okay aku, Faizul Nazrin berjanji!”
Meletus
tawa dua beradik itu.
Setelah
Nabila berlalu keluar, Faizul termenung memikirkan adiknya. Kalau diikutkan,
urusan Nabila bukan banyak pun dengan Hariz Construct tu. Sekadar tukar pelan
ruang restoran aje. Lepas tu dia akan lebih banyak berurusan dengan pihak
Grandville Hotel. Hmm…
Lima hari bekerja,
hujung minggu harus digunakan untuk berehat. Nabila mengeluh kecil. Kalau dulu,
hujung minggu dihabiskkan dengan keluar melepak dengan Sharmila. Tapi sekarang,
badannya tidak larat untuk melakukan aktiviti itu lagi. Hujung minggu untuk
berehat!
Betapa
dia rindu waktu-waktu senggangnya ketika masih bergelar ‘penganggur terhormat’.
Alah,
rilekslah. Baru seminggu kot kau kerja, kata hatinya.
Jam
sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi dan dia masih lagi di atas katil. Sudah
terbiasa begitu, hidup ala-ala remaja walhal umur dipenghujung dua puluh. Lagi tiga
tahun akan bertukar menjadi angka tiga. Langsung tiada teman lelaki, jauh
sekali calon suami. Sharmila pula sudah temui belahan jiwa semasa belajar dulu.
Senior yang tua dua tahun dari mereka.
Nabila
mula berfikir, kalau dia sudah menjejak angka tiga, mesti tak laku dah.
Alah,
belum masuk angka tiga pun tak laku, ini lagi bila umur sudah meningkat! Sampuk
akalnya.
Nabila
mencebik. Betullah tu.
Haruskah
dia ubah penampilannya?
Nabila
menggeleng. Malaslah!
Akhirnya,
biarlah masa menentukan. Jodoh itukan, rahsia Allah? Setiap manusia diciptakan
berpasangan. Nanti adalah tu, Nabila menyedapkan hatinya. Tapi manusia kenalah
berusaha, kan? Ah semaklah! Gerutu Nabila. Malas dia mahu berfikir lagi soal
itu. Lantaklah!
“Ma,
Atin keluar kejap. Nak beli barang sikit. Ingat nak buat cupcakes,” pamit
Nabila di muka pintu rumah.
“Ha,
pergilah. Kalau nak keluar cari menantu untuk mama pun tak apa!” laung Datin
Fatimah dari dapur. Nabila mencebik. Sikit-sikit hal itu yang nak dibangkitkan.
Tu, Kak Fariza ada. Cukup apa, Kak Fariza tu dah bagi dua orang cucu okay!
Tanpa
berlengah, kereta Audi TT pemberian papa dipandu meninggalkan perkarangan
banglo tiga tingkat yang digelarkan Teratak Mahligai. Hasil rekaan luar dan
dalam sepenuhnya mengikuti kemahuan Datin Fatimah.
Setengah
jam memandu, sampai juga di Jusco. Malas dia memandu lebih jauh untuk ke kedai
yang menjual barang pastri.
Tangannya
disanggah pada pemegang untuk menolak troli manakala jemarinya membelek iPhone.
Dia ingin memasak untuk makan tengah hari sekali.
“Masak
nasi ayamlah!” ucapnya sendiri. Troli di tolak ke bahagian ayam segar. Beberapa
ketul ayam dimasukkan ke dalam plastik lalu ditimbang. Seterusnya, dia ke
bahagian sayur kerana berdekatan. Salad segar diambil dan diletakkan di dalam
troli. Cukuplah tu, barang yang lain masih ada di rumah.
Kemudian
dia menolak lagi troli untuk mencari barang-barang membuat cupcake.
“Hello mummy, Rie tak
jumpalah.” Rungut Khairie. Dia bukan reti sangat cari barang-barang dapur ni.
Nak masak memang jauh sekali. Alah, dia lelaki. Nanti cari bini, carilah yang
pandai masak. Senang!
Kedengaran
ibunya, Puan Sri Hasnah membebel di hujung talian. “Kamu ni Rie, benda senang
tu pun tak tahu. Mummy dah cakapkan tadi, takkan tak jumpa. Apa nak jadi dengan
kamu ni. Esok-esok dah kahwin, susah la macam ni.”
Khairie
merenggus. “Mummy tersayang, Idham Khairie ni anak lelaki tau. Kalau kahwin
pun, bukan Rie yang urus rumah. Lainlah Wan, tu. Anak bongsu kesayangan mama tu
perempuan. Tapi haram satu benda pun tak pandai masak.” Khairie mempertahankan
dirinya.
Puan
Sri Hasnah mengeluh lagi. Teringat pula anak bongsunya itu. Wan, tahunya
shopping saja. Disuruh belajar masak, banyak pula alasannya. Umur pun bukan
muda lagi, tapi lagaknya macam budak baru lepas SPM. Bebas tanpa komitmen. Ini
nasib baik Khairie pujuk masuk kerja. Kalau tidak, menghabiskan duit poket
sajalah kerjanya!
“Hello…
mummy? Are you still there?”
Tersentak
lamunan Puan Sri Hasnah. “Hello. Yeah, I’m still on the line. Alah, susah
sangat tanya ajelah pekerja. Takkan sorang pun tak ada kut? Dahlah, mummy nak
tengok sup tu, dah menggelegak pulak. Orang suruh cari tepung jagung pun
susah!” omel Puan Sri Hasnah sebelum memutuskan talian.
Khairie
menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nak tanya siapa?
Dalam
dia sibuk melilau mencari pekerja Jusco, pinggulnya dilanggar oleh sesuatu.
Heish,
orang dah tengah bingung ni, ada pulak yang tak reti tolak troli elok-elok!
Renggusnya. Ditolehnya belakang dan…
“Hoi
macik! Kau lagi, kau lagi. Tak habis-habis nak langgar aku, kan? Mata letak di
mana? Ke kau memang saja? Malasnya aku nak hadap muka kau ni!” buat ke sekian kalinya mereka bertemu lagi,
Khairie dan Fatin.
Nabila
mencebik. “Awak tu yang berdiri di tengah laluan apa kes? Nak salahkan kita
pulak. Orang tak sengaja okay!”
Khairie
mendengus. “Tak sengaja apa kalau dah banyak kali kau langgar aku? tak
habis-habis cari masalah. Kalau muka cantik tak apalah jugak!”
Nabila
mencebik. Dia ah mula dah….
“Kau
tu, sedar diri sikit. Buruk! Tapi ada hati nak kejar-kejar aku. Aku tak
layanlah perempuan macam kau ni. Saja langgar aku, ingat aku nak hadaplah?
Sorry okay! Kau ni entah-entah dah suka kat aku, sebab tu asyik ikut mana aku
pergi kan? Stalker!”
Wah,
ini sudah melebih ni. Sejak bila aku tangkap cintun dengan dia pulak? Not my
taste okay!
“Manusia,
awak ingat awak sorang aje handsome? Sorry okay. Kalau ikut kamus saya, awak
sikit pun tak layak pegang title handsome tu. Ingat saya terhegeh-hegeh nakkan
awak? Untuk pengetahuan awak, you are not my taste! Not my ideal type! Jauh
panggang dari api. Awak tu lembik sangat. Kena langgar sikit nak sentap.
Marah-marah. Membebel. Sikit pun tak macho okay! Jambu adalah! Lembik!” ejek
Nabila. Puas menghambur segalanya, Nabila menolak trolinya sedikit ke tepi lalu
mengambil tepung jagung dan diletakkan di dalam troli. Langsung tidak
menghiraukan jelingan tajam dari lelaki itu. Seketika telefonnya berdering.
“Hello
ma. Aha..
Kejap
lagi.
Tepung
jagung? Hmm okay. Ni tengah pegang lah ni.
Okay
bye”
Agak
terkejut dia apabila lelaki itu mengambil tepung jagung yang baru diletakkan di
dalam troli tadi.
“Awak
ni dah kenapa? Banyak lagi kat sana tu!” sedikit terjerit Nabila.
Khairie
tidak mengendahkan. Nasib baik jumpa tepung jagung! Kalau tidak memang kena
bebel oleh mummy. Dia berlalu pergi untuk membuat bayaran. Terima kasih kepada
Si Hodoh tu, dia jumpa tepung jagung. Hahaha…
Nabila
mencebik. Geramnya!
hope korang boleh bagi komen sikit. boleh De ubah mana yang patut nanti. Si cantik dan handsome, klik SINI jap!
one more, alahai banyaknya commercial ! Bagi sesiapa yang ade twitter tu, scroll ke atas tengok sidebar di sebelah kiri tu, ada nampak button follow twitter tak? Bolehlah follow De kalau sudi... mention for followback okay :) sekian....
thanks :)
BEST NAK LAGI.
ReplyDeleteJust wait okay... thanks :)
DeleteHey DE. Nice blog. Singgah lah my blog kalau sudi. Hehehe. Anyway nice story ;)
DeleteThanks :) nanti sya singgah blog awk.
ReplyDeletenice...=)
ReplyDeleteThanks :)
DeleteAla .. sampai bab 5 je ke ? Bab 6 x de ? Citer ni besttt ! ^^
ReplyDeleteactually dalam draft banyak lagi tunggu masa yg sesuai nak upload. rajin2 lah godek blog ni k. THANKS :)
DeleteEveryday check ! Heheh . Welcome ^^
DeleteBEST! hari hari check your blog untuk tengok sama ada dah update or belum. I am waiting for your next entry
ReplyDeleteAww thanks dear. Sorryllah lately busy sgt nak upload ... tunggu k !
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThe best :)
ReplyDeleteawww thanks there :)
Deletethanks :)
ReplyDelete