Pages

Friday 13 June 2014

Kembali Padaku 1

Assalamualaikum, hai :)

Alhamdulillah hari ni ada kelapangan sikit nak update blog. Hari ni nak share bab 1 pulok. Before that, meh klik [SINI] sat....

okay good. thanks. now, jom layan !

-----------------------------------------------------------------------------------------


“Nirah, tolong akak siapkan labuci baju ni eh? Akak nak siapkan baju yang mak cik kemarin tu hantarlah. Boleh tak?” Laila meminta bantuan Nirah. Tidak menang tangan dia menyiapkan semua tempahan.
Adra yang sedang sibuk menanda kain untuk dipotong menghentikan kerjanya. Bukan dia tidak mahu membantu, dia juga punya kerja yang menggunung.
“Erk.. saya pun banyak kerjalah kak. Kain ni semua nak kena potong hari ni jugak. Lagipun, kenapa nak kena siapkan hari ni baju tu? Bukan mak cik tu kata nak ambil bulan depan?”
“Itulah masalahnya! Mak cik tu tetiba nak esok lah pulak. Katanya nak pakai majlis tunang anak kawan dia. Akak dah pening kepala ni. Baju yang ni pun nak kena siap cepat sebab nak kena ambil esok. Mak cik ni pulak tambah peningkan kepala akak! Nirah, nirah tolong eh? Alah, lagipun Nirah kan pakar bab labuci-labuci ni… boleh eh?” pinta Laila dengan nada yang lembut persis memujuk.
Kasihan pula melihat Laila begitu. Lantas, tanpa membuang masa Adra mengangguk juga kepalanya walaupun dia seakan mendapat bayangan dia akan tidur di meja jahitan buat ke sekian kalinya.
“Thanks Nirah! Ni yang akak sayang ni!”
Adra tersenyum kecil. Dia sudah setahun lebih bekerja di situ. Sudah cukup masak dengan perangai sesetengah pelanggan yang tidak menepati tarikh yang sepatutnya.
‘Nilah orang yang tahu meminta aje. Ikut sedap je nak siap esok!’ keluhnya dalam hati. Geram pun ada.
Kedai jahit Laila tidaklah sebesar butik terkemuka. Kecil sahaja. Tukang jahit pun tak cukup. Namun di situlah dia mencari rezeki yang halal. Niatnya hanya dua. Dia ingin membalas jasa ayah dan ibu yang sudah membesarkannya tanpa membezakannya dengan adik beradik yang lain meskipun dia hanyalah anak angkat.  Dia juga berniat untuk membuka butik sendiri suatu hari nanti. Justeru, dia harus mengumpul duit untuk merealisasikan impiannya. Impian yang entah bila akan tercapai.
Pintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk. Adra berdiri untuk melihat kerana Laila ke belakang sebentar tadi.
“Eh, Datin. Datang nak ambil baju?” soalnya lembut.
Datin Zalikah menggeleng kecil sambil tersenyum. “Taklah, tadi auntie lalu sini. Teringat kat baju, tu yang datang nak tengok.”

Adra melepaskan keluhan lega. Dia agak gusar kerana baju yang ditempah oleh Datin Zalikah belum siap sepenunya. Ada beberapa bahagian belum diperbaiki.
“Ingatkan tadi Datin nak ambil dah. Terkejut saya. Baju tu tak siap lagi. Ada sikit lagi nak tambah. Saya pergi ambil kejap eh,” ujar Adra. Dia meminta diri untuk ke belakang sebentar. Tidak sampai dua minit dia kembali dengan baju yang dimaksudkan.
“Cantiknya! Pandai Adra jahit labuci ni. Auntie suka.”
Kembang semangkuk hatinya apabila dipuji.
“Biasa aje, Datin.”
“Eh, mana ada biasa. Ini luar biasa! Nampak macam beli kat butik terkenal pulak!”
Adra hanya membalas dengan senyuman. Dia senang dengan wanita yang sebaya ibunya itu. Wanita yang bergelar Datin Zalikah itu tidak sombong orangnya meskipun berpangkat Datin. Malah, Datin Zalikah merupakan salah satu pelanggan tetap.
Waktu pertama kali bersua muka dengan Datin Zalikah, sukar dia mempercayai seorang yang berstatus memilih khidmat mereka di kedai jahit yang serba kekurangan itu. Namun setelah Laila ceritakan, baru dia percaya.
Datin Zalikah bersahabat dengan ibu Laila. Dahulu kedai ini kepunyaan ibu Laila namun semenjak kemalangan yang meragut nyawa ibu Laila, Laila yang mengambil alihnya. Datin Zalikah memang sudah biasa dengan hasil kerja ibu Laila. Sebab itulah dia sering berkunjung ke situ.
Bagus juga ada orang seperti Datin Zalikah. Tidak mementingkan status, pada pendapat Adra. Wanita itu juga melayannya dengan mesra sekali. Tidak pernah dia membahasakan dirinya sebagai ‘Datin’ sebaliknya dia hanya membahasakan dirinya ‘auntie’ di hadapan Adra. Pernah dia meminta Adra memanggilnya dengan gelaran auntie namun Adra segan. Dia tahu dia harus menghormati pelanggan terutamanya daripada golongan VIP.
Setelah berpuas hati dengan hasil kerja Adra, Datin Zalikah meminta diri. Adra menghantarnya sehingga ke pintu kedai.
“Hari Rabu nanti aunti datang ambil ya.”
Adra mengangguk.
Dia kembali meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi. Banyak lagi yang harus dia kerjakan memandangkan dua tempahan harus disiapkan sebelum esok.

Deringan telefon mengganggu fokusnya. Adra segera menjawab panggilan daripada ibunya.
“Waalaikumussalam, ibu.” Adra menjawab salam.
“Aha, masih kat kedai. Ibu tak payah tunggu Nirah. Nirah ingat nak siapkan baju kat sini sebab esok orang nak datang ambil,” ucapnya lembut.
“Tak apalah bu, Nirah tak nak susahkan abah. Ibu tidurlah, dah lewat ni.”
“Okay, sayang ibu! Assalamualaikum.” Bicaranya tamat. Adra kembali menyambung kerjanya. Dia meneguk sedikit Nescafe yang dibancuhnya tadi bagi menghilangkan rasa mengantuknya.
Penat, memang dia penat namun itulah kerjanya. Dia sering tidak cukup tidur kerana bertungkus-lumus menyiapkan tempahan.


“Bangun Nirah,” ucap satu suara.
Terpisat-pisat Adra membuka matanya. Dia menguap lalu menggeliat kecil. ‘Oh, kak Laila rupanya.’ Dia melihat jam di diding. Alamak!
“Baju belum siap!” dia terjerit kecil.
Tanpa membuang masa, Adra kembali menjahit labuci pada baju. Macam mana dia boleh tertidur semalam, dia pun bingung. Walhal entah berapa gelas Nescafe diteguknya.
Laila menggeleng kepala melihat kekalutan Adra. Ada saja telatahnya di pagi hari.
“Ouch!” jari Adra tercucuk jarum.
“Nirah! Akak selalu pesan, buat kerja tu hati-hati. Tengok, kan dah luka. Pergi tampal plaster dulu,” arah Laila. Kasihan pula dia melihat kesungguhan Adra untuk menyiapkan tempahan.
Terbayang di fikiran sejenak, kalaulah Adra tiada… entah macam manalah kedai jahit ini. Alamatnya, banyaklah tempahan yang tertangguh nanti. Di hati berniat juga untuk mencari pekerja baru. Boleh juga meringankan sedikit kerja mereka berdua.
Laila menghampiri Adra yang tekun menyiapkan labuci.
“Akak ingat nak cari sorang lagi tukang jahitlah, Nirah. Apa pendapat Nirah?”
Adra merenung sekilas wajah lembut Laila. “Tapi kak, cukup ke? Maksud saya, nak kena gaji sorang lagi tukang jahit. Itupun kena cari yang tak demand. Sekarang ni kak, susah nak dapat tukang jahit yang tak demand pasal gaji. Nanti orang kata gaji tak setimpal dengan penat lelah pulak. Saya bukan tak sokong, tapi kesian kat akak nanti.”
Laila tersenyum segaris. Itulah Adra Danirah yang dia kenali sejak setahun yang lalu. Sangat tulus hatinya.
“Akak kesian kat Nirah. Macam semalam, Nirah terpaksa tidur kat sini. Kalau ada sorang lagi tukang jahit, bolehlah kurangkan sikit kerja kita. Akak ingat, kalau dah dapat tukang jahit baru, akak nak suruh Nira buat labuci aje. Biar akak dan dia yang jahit baju. Kan senang macam tu?” ujar Laila.
Adra berfikir sejenak. Ada baiknya cadangan Laila.
“Okaylah, kalau akak dah fikir macam tu saya ikut aje. Bukan saya yang bayar pekerja.”
“Lepas ni, kita kena buat iklan kecil lah kat depan pintu tu, kan?”
“Itu, biar saya yang buat kak!”
“Betul ni?”
“Yelah. Orang nak tolong. Akak jangan risaulah. Esok mesti dah ada iklan menempel kat pintu tu!”

Jam sudah menginjak ke angka lapan. Adra mengemas barang-barangnya sebelum pulang ke rumah. Usai mengemas, dia berlalu ke pintu dan menguncinya dari luar.
Pulang lewat lagi…
Adra mengeluh. Semenjak kebelakangan ini, dia sering pulang lewat dek tidak cukup tangan menyiapkan tempahan. Dia mula terfikir akan rasionalnya cadangan Laila. Ada baiknya menggaji seorang lagi tukang jahit, telahnya.
Dia berjalan melalui deretan kedai makan. Matanya tertancap restoran makanan segera, KFC. Terdetik di hati untuk membelikan ayam goreng kegemaran ramai itu untuk di bawa pulang. Lagi pula, sudah lama mereka sekeluarga tidak merasa makan ayam KFC. Ibu kata, kena jimat duit tak boleh makan selalu. Adra akur dengan pesanan itu.
Dia menolak pintu masuk lalu menuju ke arah kaunter.
“Hai, selamat datang cik. Makan sini atau bawa balik?”
“Bawa balik,” jawabnya sambil memberikan sedikit senyuman.
“Order?”
Adra memilih set famili dan menambah hidangan sampingan. Dalam masa beberapa minit pekerja yang bernama Safiyah itu meletakkan pesanannya di atas kaunter.
“Semuanya empat puluh enam ringgit dua puluh sen, cik.”
Adra membayar tepat-tepat jumlah yang disebutkan oleh pekerja itu lalu mengambil plastik yang berisi ayam goring itu.
Sepanjang perjalanan pulang, Adra tersenyum girang. Mesti Izzah suka, bisiknya mengenangkan adik bongsunya yang amat menggemari ayam KFC.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Jom terjah sini sat ! -----> LOVE

No comments:

Post a Comment