Pages

Sunday 29 December 2013

Kau Yang Kupilih 4

Bab 4


Assalamualaikum, DE minta jasa baik you all untuk ke ---->SINI   klik tau!

Thanks, anda semua banyak membantu. Okay jom baca Kau Yang Kupilih bab 4....


Sinaran mentari menerobos dari celah langsir mengganggu tidur. Tapi mata masih terlalu berat untuk dibuka. Tidurnya begitu selesa sehinggalah jam yang dikunci berbunyi kuat. Kacau!
Tangannya meraba jam di sisi katil. “Baru jam 8 kot.” Kemudian dia menyambung tidurnya.
Tiba-tiba rasa panas semakin menjadi-jadi. Comforter yang elok membalut tubuhnya dibuka. Panas! Tapi mata masih terkatup rapat. Tidak lama kemudian dia merasakan cahaya matahari bukan lagi menerobos dari celah langsir, tapi direct mengenainya. Amboi, silau!
Mata dibuka perlahan. Lah! mama ni guna taktit kotorlah. Matikan penghawa dingin, langsir diselak habis. Patutlah panas.
“Ma, orang nak tidur lagi lah!”
Datin Fatimah menggeleng laju. Dia duduk di birai katil. Tanpa amaran, tangannya hinggap di betis gebu milik Nabila. “Bangun anak dara bertuah! Dah pukul berapa dah ni.”
Nabila menepis tangan Datin Fatimah yang mencubitnya. “Sakitlah. Alah, baru pukul lapan. Orang tak kerja pun.”
Membeliak biji mata Datin Fatimah. Tak kerja? Heys, anak aku ni amnesia ke apa?
“Fatin Nabila! jam tu dah tunjuk lapan dah. Kamu kata tak kerja? Tak ingat ke kemarin hari terakhir kamu ‘menikmati kebebasan’ huh? Cepat bangun nak pergi kerja. Hari pertama dah lewa. Bertuah betul. Padanlah sangat nanti kena sembur Along kat pejabat.” Omel Datin Fatimah.
Pantas sepasang mata Nabila terbuka luas. Segar! “Apa ma? Biar betul? Alahai macam mana boleh terlajak ni… aduh, mesti Along membebel nanti. Argh! Mandi….” Bagai dikejar anjing Nabila berlari mencapai tuala dan masuk ke kamar mandi. Pintu berdentum kuat.
Datin Fatimah menggeleng. Ada-ada saja puterinya itu.
Usai mandi, Nabila yang masih berkemban laju ke almari. Satu persatu pakaiannya ditenung. Aduh, masalah! Nak pakai apa? jeans dan t-shirt memang out habis, so?
Tiada pilihan, kena jugak pakai kemeja. Kemeja hitam diambil dan dipadankan dengan… slek hitam dan… sneakers hitam. Okay sneakers memang tak boleh blah. Heels memang out. Rambutnya diikat tanpa disisir terlebih dahulu. Sudah terbiasa!
I’m done!
Laju saja dia menuruni anak tangga. Huh, susahnya rumah tiga tingkat ni, dengusnya.
“Ma, Atin pergi dulu!” laungnya. Bergema di segenap ruang rumah yang luas itu.
“You’re late, Fatin Nabila.”
Nabila mengeluh. Dia tahu dia lewat. Bukan seminit dua, hampir sejam.
“Come, have a sit.”
Nabila pantas melabuhkan duduknya.
“Hmmm… lewat pada hari pertama, huh?”
Nabila menunduk bila disindir. Tidak berani dia menentang sepasang anak mata yang pastinya sedang menjeling tajam ke arahnya. Ketukan di pintu menghentikan sebentar kata-kata lelaki di hadapannya.
“Encik Faizul, saya cuma nak ingatkan. Mesyuarat bersama wakil  daripada London pada pukul sepuluh nanti.”
Faizul mengangkat wajahnya. “Anything else?”
“No.”
“Thanks Faridah, you may leave.” Ucapnya dengan senyuman manis.
“And you, dear sister… kenapa boleh lewat? Tahu tak ini hari pertama? Tak pernah dibuat orang dik oi. Kalau papa tahu, habislah kau.” Nabila mencebik. Dah mula dah, sesi membebel diaaaa…
“Orang terlajaklah. Tak sengaja okay!”
Giliran Faizul mencebik. Tak sengaja konon! “Bilalah nak berubah ni… anak dara bangun lewat, tak boleh buat bini! Ni da sarapan belum?” dalam dia panas hati, prihatin terhadap adiknya tetap teratas.
Nabila menggeleng.
“Hmm.. dah lewat pun nak pergi sekarang. Ikut Along, kita pergi kenal-kenal dulu.”
Faizul melangkah dengan gah, penuh karisma sementara Nabila berjalan dengan gaya clumsy. Kontra habis!  Dia perasan mata-mata yang tidak berhenti memerhatikan Alongnya itu. Terpikat lah tu, omelnya. Tidak dapat dinafikan, Along memang nampak macho dengan kemeja hijau pucuk pisang dan tali leher hitam dipadankan dengan seluar hitam. Rambut digayakan ala-ala spike. Siapa tak toleh dua kali kalau lalu?
Sementara dia? Orang pun tak habis-habis memandang. Cuma presepsi berbeza. Tak apalah. Nabila datang untuk bekerja, bukan sibuk mengambil tahu pandangan orang tentangnya.
“Okay guys, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin kamu semua sudah dengar khabar angin tentang orang baru kan? Here she is. Fatin Nabila binti Datuk Halim. My dear sister. Mulai hari ini dia akan menjadi orang kanan saya. Oh, tidak dilupa, dia akan bersama-sama dengan Zahid. By the way, are you okay with that, Zahid?” Faizul menjongketkan sebelah keningnya. Macho.
Zahid mengangguk.
“Good. Jangan segan nak tegur dia kalau salah okay. She a little bit… clumsy.” Perkataan terakhir itu diperlahankan namun masih jelas di pendengaran Nabila. Dia mencebik. Aci ke main kutuk orang? Huh!
Nabila kemudiannya bersalam-salaman dengan rakan sepejabatnya. Semuanya melemparkan senyuman yang… erk… fake? Mungkin sebab dia anak Datuk? Pemilik FH Restaurant Sdn Bhd. Harap Zahid dapat menerimanya.
“Okay, Along pergi dulu. Ada apa-apa hal, just tell Zahid. Jangan lupa sarapan!” bisik Faizul sebelum berlalu pergi.
Dia berjalan ke pantry. Mencari sesuatu untuk dikunyah, kalau ada? Mug dicapai untuk membancuh milo. Kemudian Nabila menyelongkar almari kecil dan terjumpa biskut. Alhamdulillah, ada rezeki.
Milo dan biskut Oat crunch, okaylah tu.
“Hai, makan tu aje?” sapa seseorang. Nabilah menoleh.
“Saya Zahidin. Orang panggil Zahid aje. And you Fatin Nabila right? Or may I call you Bella?”  sapa Zahid.
Nabila tersenyum manis walaupun muka kusam semacam. “Zahid… just call me mana-mana yang awal selesa. Semua pun nama saya juga.”
Zahid ketawa kecil. Entah apa yang lucu. Atau pretending? Entah.
“Again, milo and oat crunch? Boleh tahan ke?” soalnya kembali.
Nabila mengangguk. “Ini aje rezeki. Harap boleh tahanlah…”
“Why don’t kita lunch sama-sama nanti?” Wow, boleh tahan straight Zahid ni. Direct aje tanya.
“Sure.” Nabila tidak pula menolak.


Tersenyum-senyum Nabila membalas WhatsApp Marilyn. Ahh.. rindunya. Group WhatsApp itu tidak pernah sunyi. Ada saja cerita-cerita dari mereka yang lain. Zack, meskipun sibuk, tetap meluangkan masa untuk berbalas chat dalam group itu.
            Sedang dia leka, pintu diketuk dari luar.
“Masuk.”
Zahid masuk dengan sengihan lebar.
“Ada apa?”
“Lunch.”
“Oh, okay.”
Entah kenapa Nabila senang diajak oleh Zahid. Baru hari pertama kot. Pelik juga sebab Zahid seorang yang boleh dikategorikan macho dan mempelawanya makan tengah hari bersama. Agak sukar diterima dek akal. Tapi, biarlah!


“So, macam mana first day?” soal Sharmila melalui Skype.
“Okaylah jugak. Cuma tak banyak kerjalah sebab baru masuk. Tapi banyak yang fake lah. Muak jugak aku dengan sikap kepura-puraan staff aku. Nasib baik ada Zahid, dia ajelah yang tak nampak pretending. Siap ajak aku lunch lagi.”
Sharmila membuat muka pelik. Hai, kawan aku ni boleh-boleh pulak cakap pasal lelaki, apa kes? “Hoi, mamat mana pulak tu? hensem ke?”
Mengingatkan Zahid, Nabila tersenyum kecil.
“Hoi! Aku tanya, bukan suruh kau berkhayal.”
Alamak! Tertangkap pulak. “Hensem kut. Tapi aku tak pandang sangatlah. Cuma dia baik orangnya.”
Akhirnya senyuman nakal terbit di wajah Sharmila. “Fall in love, huh?”
Tawanya meletus juga.
“Hey, mana adalah. You know me well, Mila. Come on lah. Baru sehari kenal kut.”
“Yelah….eh, kita sambung cerita kat WhatsApp lah. Aku ada kerja nak buat ni.”
“Hmm… okay.” Balas Nabila.


Keesokan harinya, Nabila bangun awal, tidak mahu disembur lagi oleh Along kesayangannya kerana lewat. Lagipun, papa kata dia akan attend mesyuarat dengan company besar berkenaan pembukaan cawangan baru.
Walaupun sudah dipesan untuk berpakaian sehabis baik oleh mamanya, Nabila tetap begitu. Kali ini kemeja oren menjadi pilihan. Rambutnya disanggul asal siap saja. Alah, sanggul yang tak serupa sanggul tu. Wajahnya yang kusam itu dibiarkan tanpa bedak mahupun solekan. Mungkin tidak pernah dibuat orang memakai baju formal dengan sneakers tapi itulah Nabila. Daripada dia pakai sandal buka, baik pakai kasut.
“Cik Bella, ni dokumen berkaitan mesyuarat pukul sebelas nanti. Encik Zahid suruh saya hantarkan. Oh ya, dia pesan tunggu di lobi then gerak sama-sama.”
Nabila mengangguk. Dokumen itu dibelek helaian demi helaian. Segala kontrak dibaca penuh teliti. Yalah, siapa kata syarikat besar tak main trick? Takut juga kalau terkena. Manalah tahu, langkah berjaga-jaga saja.
Seketika, pintu diketuk oleh seseorang.
“Masuk.”
“Cik Bella, wakil dari pihak Granville Hotel baru saja menghubungi saya. Mereka suruh inform dengan Cik Bella untuk datang awal sebab mesyuarat tu diawalkan. Mesyuarat akan mula pada pukul sepuluh setengah and you have one hour left.”
Nabila terkejut besar. What? Awal-awal lagi dah kena macam ni, habislah.
“Thanks. Anything else?”
“No.”
“Okay, noted. You may leave.”
Tanpa membuang masa Nabila segera membelek fail-fail dokumen di  rak itu. Sebelah tangannya lincah mendail nombor Zahid.
“Zahid, mesyuarat tu diawalkan and we need to get going.”


Seram juga bila menjejakkan kaki di bangunan tinggi ini. Longgar lutut nak berjalan. Nabila gusar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menghadiri mesyuarat sebegini. Nasib baik Zahid ada. Kalau dia harus ke sini sendiri, habis.
“Awak, saya ke toilet kejap eh?” pamitnya. Tiba-tiba rasa nak terkucil pulak.
“Nak saya tunggu?” soal Zahid kembali.
Tunggu? Alahai, macam boyfriend-girlfriend pulak dah. “Eh, tak payahlah. Nanti lewat, susah pulak. Awak pergi dulu,” ucap Nabila.
Tanpa berlengah, dia segera mencari tandas. Masuk saja di tandas, kelihatan tiga orang pekerja wanita sedang ‘touch up’ make up sambil bergossip.
“Hey, handsomelah bos syarikat construction tu. Tadi aku lalu depan dia, pergh! Macho.”
“Dia ada tegur kau tak?”
“Tegur? Tak adalah. Tapi senyum tu ya. Melting aku tengok senyumannya. Hmmm… kalau dia jadi boyfriend aku, sumpah tak cari lain beb!”
“Eleh kau tu, angan-angan aje tinggi.”
Nabila ketawa kecil mendengarnya. Selesai berhajat, dia keluar dan membasuh tangan di singki. Ketiga-tiga pekerja yang tadi duk sibuk celoteh pasal bos handsome memandangnya. Kemudian berbisik-bisik. Nabila memandang pantulan wajahnya dari cermin.
Aku tahulah aku tak secantik korang. Tak perlulah nak tengok aku ni macam kucing kurap! Bisiknya.
“Bad sense of fashion!” sindir mereka lalu beredar. Nabila mencebik. Kau ingat kau cantik sangat ke? Bedak sekilo, buat apa?
Tangannya direnjis-renjiskan sebelum mengelapnya dengan tisu. Setelah selesai, Nabila menapak keluar. Jam di pergelangan dikerling sekilas. Alamak!


“Terima kasih semua kerana hadir untuk mesyuarat ini. Sebelum mesyuarat bermula, saya ingin memohon maaf kerana terpaksa mempercepat sesi mesyuarat disebabkan hal yang tak dapat dielakkan.
            “Before we start, I want to make sure all of you are here.”
“Wait!”
Pintu terkuak luas. Kelihatan seseorang…
It’s her?! Oh no.
It’s him?! Damn.
“Sorry I’m late. Dah start?” soal Nabila tanpa riak. Dalam hati betapa dia menyumpah lelaki yang berada di hadapannya itu. dia lagi, dia lagi. Idham Khairie. Lelaki yang mula menjadi penggugat ketenteraman hidupnya. Lelaki yang bermulut longkang. Tidak pernah tidak menghinanya. Sentiasa menuturkan setiap kekurangannya. Kenapa makhluk ni ada di sini?
Habislah kau, Nabila.
“No. Baru nak mula. Have a seat.” Wakil Granville Hotel itu tersenyum memandang Nabila.
Nabila segera mengambil tempat di sebelah Zahid. Persoalan maha besar bermain dalam otaknya. Apa lelaki tu buat kat sini?
 “Okay, semua dah ada so kita boleh mula sekarang.”


Nabila keluar dari bilik mesyuarat dengan muka yang masam mencuka. Boleh dia tidak tahu menahu yang Idham Khairie merupakan pemilik Hariz Construct? Hariz Construct merupakan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan Granville Hotel. FH Restaurant pula akan membuka cawangan baru di dalam bangunan itu. Agak lambat otaknya mencerna semua itu. Maklumlah, kontrak pun baru baca pagi tadi. 

7 comments:

  1. best 3 ....
    sambung cepat skit k?!
    tak sbr nk tunggu next n3...!

    -illy-

    ReplyDelete
  2. Menarik...Cepat-cepat sambung lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik ? alhamdulillah. Thanks :) tunggu update akan datang k.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete