Pages

Sunday 15 June 2014

Kembali Padaku 2

“Wah, akak beli KFC lah… Ibu! Akak dah balik bu.”
Adra hanya tersenyum lebar apabila kepulangannya disambut girang oleh adik bongsunya, Izzah.
“Apa bising-bising nak?” soal Puan Zainab. Dia mengelap tangannya yang basah di hujung kain batiknya.
“Akak ni, beli ayam KFC!” ujar Izzah dengan ceria.
Puan Zainab tersenyum segaris. “Tak baik tau jerit-jerit macam tadi tu. Ibu tak ajar anak ibu terpekik-pekik panggil orang lebih tua. Tak sopan.”
Izzah hanya tersengih menayangkan baris giginya yang putih.
“Ibu, Nirah ada beli KFC ni. Mana abah dan Iffah?” Adra menanyakan ayahnya dan Iffah.
“Iffah ada dalam bilik, katanya nak ujian esok itu yang terperap dalam bilik. Tak lain, tengah menelaah la tu Nirah…” ujar ibu.
“Izzah, panggil Kak Iffah makan. Belajar tu belajar jugak, tapi jangan sampai tak makan, tak minum.”
Puan Zainab turut berlalu untuk memanggil suaminya, Encik Samad.
Mereka berkumpul sekeluarga untuk menikmati hidangan yang serba sederhana namun pada mereka itulah yang paling mewah. Adra memerhatikan adik-adiknya makan dengan berselera diselang-selikan dengan gurauan dan cerita persekolahan mereka. Izzah sedang berada di tingkatan satu manakala Iffah pula akan mengambil SPM tahun depan.
Inilah keluarganya, keluarga kecil yang bahagia. Dia amat bersyukur diambil menjadi anak angkat dalam keluarga ini. Meskipun hidup dalam serba sederhana, dia amat bersyukur dikurniakan keluarga angkat yang tidak membeza-bezakan kasih sayang.
“Nirah, apa yang dimenungkan tu?” tegur Encik Samad.
“Eh, tak adalah abah. Nirah cuma teringatkan abang. Kalau abang ada, mesti lagi bestkan abah?”
Encik Samad tersenyum segaris. Dia tahu anaknya merindui abang mereka, Izhat yang sedang menyambung pelajarannya di UKM Bangi. Izhat seorang yang pintar dan kini menuntut di universiti dalam bidang kejuruteraan.
Namun begitu terbit rasa kesal di hati kerana dia tidak dapat menyempurnakan hajat Adra untuk menyambung belajar. Dia tahu anak daranya itu teringin untuk menyambung belajar meskipun Adra tidak menyatakan begitu. Dia tahu Adra tidak mahu membebani mereka kerana kos pembiayaan untuk Adra sambung belajar boleh tahan cekik darah.
Bagi Adra pula, dia sanggup mengorbankan impiannya untuk menyambung belajar kerana dia sedar, dirinya hanya anak angkat. Dia seharusnya tidak meminta lebih. Untuk membebani ibu dan abah membiayainya ialah perkara terakhir yang terlintas dalam benaknya. Biarlah dia beralah dan biarkan abangnya yang menyambung belajar. Lagipun Izhat anak sulung dan seorang lelaki. Kalau bukan dia, siapa lagi yang akan membela nasib keluarga itu di masa akan datang?
Lagi pula, di bawahnya ada dua adik perempuan yang masih bersekolah. Iffah juga pelajar yang pintar seperti Izhat. Kalau boleh, dia mahu Iffah juga menyambung pelajarannya selepas tamat SPM nanti. Biarlah dia yang beralah dan mencari duit lebih untuk adik-adiknya. Baginya itulah satu-satunya cara untuk dia membalas jasa baik keluarga itu. Kasih sayang yang dicurahkan tentu saja tidak ternilai harganya.
Kring… kring… kring…
“Ibu, abang Ijat telefonlah bu!”
Puan Zainab pantas menyambut huluran telefon daripada Iffah.
“Assalamualaikum, nak.”
Diam.
“Oh, ni tengah makan ayam KFC Nirah beli tadi dengan abah dan adik-adik. Ijat sihat nak?”
Diam.
“Alhamdulillah. Kami semua sihat. Nirah rindu dekat kamu. Nak cakap dengan adik?”
Telefon bertukar tangan.
“Waalaikumussalam, bang. Sihat Alhamdulillah.”
Mereka berbual dan bertukar-tukar cerita. Adra memang rapat dengan Izhat. Kalau dulu waktu zaman persekolahan, Izhat selalu menjaga dan melindunginya. Dia tidak pernah dibuli kerana pengaruh Izhat dan kawan-kawannya sangat kuat di sekolah.
Izhat pula, dia tahu Adra banyak berkorban untuk mereka sekeluarga. Dia amat bersyukur mempunyai seorang adik seperti Adra. Jauh di sudut hatinya, dia menyimpan hasrat yang besar. Suatu hari nanti dia berhajat untuk menjadikan adik angkatnya itu isterinya yang sah.
Sudah lama dia menyukai Adra dalam diam kerana dia bimbang hubungan mereka akan renggang jika dia meluahkan rasa. Dia memasang impian untuk membina hidup bahagia bersama adiknya, Adra suatu hari nanti…


Seperti biasa, Adra menyiapkan tempahan manakala Laila sibuk memotong kain. Semakin hampir cuti sekolah, semakin banyak tempahan mereka terima. Sampaikan Adra tidak yakin mereka dapat menyiapkan semua tempahan tepat pada waktunya.
Sudah seminggu iklan pengambilan tukang jahit itu ditampal namun tiada seorang pun menapat masuk ke kedai jahit mereka bertanyakan tentang kerja kosong itu.
Dia tahu ramai tukang jahit sekarang demand. Tidak kurang mereka yang mengambil tempahan di rumah. Mana mungkin mereka mahu bekerja di kedai kecil ini dengan upah yang tidak seberapa.
Dalam dia sibuk menjahit labuci, bunyi loceng berlaga menandakan ada pelanggan masuk. Adra meninggalkan kerjanya sebentar untuk melayan pelanggan yang berkunjung.
“Selamat datang cik. Nak tempah baju?”
Seorang gadis yang mungkin sebayanya tersenyum lalu menggeleng.
“Erk, nak ambil tempahan? Ada bawa resit tak?” soal Adra lagi.
Wanita itu menggeleng lagi.
Adra mula bosan namun dia mengawal riaknya. Tidak mahu dicop pekerja kurang ajar.
“Saya datang nak bertanya, ada kerja tukang jahit yang yang bertampal kat depan pintu tu masih available tak?”
“Oh… nak kerjalah ni?” soal Adra lagi dengan sengihan melebar. Dalam hati menyumpah diri sendiri. Tulah, belum apap-apa dah buat telahan sendiri.
“Ya, saya ingat nak kerja sini. Awak ni, tuan punya kedai?”
“Eh tak…” laju Adra menggeleng. “Kak Laila pemilik kedai ni. Jom saya kenalkan. Oh, nama saya Adra Danirah. Saya baru kerja sini tahun lalu. Awak?”
“Saya Ummu Azfa. Panggil Ummu je. Erk, umur awak berapa eh?”
“Hehe.. Ummu, lawa nama tu! Saya ni? Boleh tahan muda lagilah kot, nak masuk dua puluh. Awak?”
“Wah saya pun boleh tahan muda. Sama dengan awak!”
Mereka sama-sama ketawa. Kebetulan…
Laila yang mendengar keriuhan di hadapan segera meninggalkan sebentar kerjanya.
“Ada apa ni, Nirah?” soalnya. Dia memandang Adra dan gadis yang seakan sebaya dengan Adra.
“Hah, panjang umur! Ummu, kenalkan inilah pemilik kedai indah lagi comel ini. Kak Laila, kenalkan ini Ummu. Dialah tukang jahit yang kita tunggu-tunggu selama seminggu ni,” Adra segera memperkenalkan Ummu kepada Laila.
Laila memandang seperti tidak percaya. Nampak muda, takkan kot?
“Apa yang ditenungkan tu kak? Betullah inilah tukang jahit baru. Jangan tanya umur berapa sebab kami sebaya!”
“Oh.”
Ummu menghulurkan salam perkenalan dan disambut mesra oleh Laila.
“Ummu betul nak kerja ni?” soal Laila.
“Nak. Ummu sangat perlukan kerja ni. Kenapa kak? Dah ada orang booking?”
“Eh tak…” geleng Laila. “Baguslah. Bila Ummu nak start? Kalau boleh secepat yang mungkin sebab sekarang kami tak cukup tangan, tempahan banyak sangat. Maklumlah, banyak kenduri cuti sekolah nanti,” sambungnya.
Adra sekadar menjadi pemerhati.
“Sekarang pun boleh kak!”
“Wah semangatnya,” usik Adra.
“Betul?”
“Sangat-sangat kak,” ucap Ummu.
“Okay jom!”
Mereka bertiga berlalu ke bahagian belakang.


“Memandangkan kita dah ada kawan baru, akak nak raikan hari ini. Tengah hari ni akak belanja makan, amacam? Ok tak?” ujar Laila. Dia menjongketkan keningnya menghadap Adra.
“Best!”
“Menyusahkan akak je,” sampuk Ummu. Baginya, diterima kerja sudah cukup baik untuknya.
“Jangan macam tu, akak ikhlas. Lagipun, boleh kita kenal-kenal lebih nanti. Setakat nak belanja kamu berdua makan, apalah sangat. Bukan nak bawa makan hotel lima bintang kut. Akak bersyukur tau sebab kamu tiba tepat pada waktunya. Jadi biarlah akak belanja makan sebagai tanda terima kasih sebab menjadi penyelamat kami. Betul tak, Nirah?”
“Betul tu!” sokong Adra.
Ummu sangat terharu dengan majikan dan kawan barunya. Syukur Alhamdulillah, ucapnya dalam hati.



Jangan lupa KLIK dan KLIK okay :)

No comments:

Post a Comment