Pages

Friday 6 June 2014

Kembali Padaku

Assalamualaikum,
Seperti yang you all sedia maklum, dalam entry sebelum ni pun dah mention. cerita KYK tu akan dihentikan buat sementara waktu disebabkan beberapa faktor.
Before that, atas saranan beberapa insan istimewa dalam hidup maka dengan ini, (sehhh xD) nama pena Dhiya Eryna akan bertukar kepada Farsha S.

Kenapa??

Sebab, kata 'orang tu' nama D.E tu koman sangat dah kebelakangan ni. Mula tu tak caye sangat then terrrGoogle and yes. Memang koman. (tak katalah Farsha S. tu RARE) cuma maybe lebih baik kot.

okay, back to the track,

 Memandangkan cerita KYK dah 'vanish' so untuk menghilangkan 'boring' korang maka terhasilnya....


Cerr klik tajuk ni dulu :)


Thanks sebab menyumbang kepada tabung masa hadapan saya :)



Yang akan menggantikan cerita KYK. malas nak teaser sangat, I'll give you the prologue first. Do enjoy and comment :)



Hari ini seperti yang dijanjikan, Dayyan akan menjemput Hanis di lapangan terbang. Dia tiba setengah jam lebih awal. Sempat dia membeli jambangan bunga sebelum ke situ. Ros merah dan putih yang digubah dengan cantik sedia berada dalam pegangannya.
“Huh…”         
Sudah tiga tahun hidupnya menjadi begini. Kosong, tiada makna. Hidupnya jauh dari keluarga semenjak kejadian tiga tahun yang lalu. Kejadian yang mengubah segala-galanya.
Ayahnya sudah tidak mempedulikannya. Tidak mahu bertegur sapa dengannya. Ibunya pula bersikap dingin terhadapnya. Semuanya berpunca daripada satu nama. Nama yang sudah lama terkubur jasadnya.
Adra Danirah.
Mana mungkin dia dapat menghidupkan kembali seseorang yang telah mati untuk merayu secebis keampunan atas kilaf yang telah dia lakukan.
Dia membelek iPhone di tangan kanannya. Mencari secebis kenangan manis dahulu yang masih tersimpan elok semenjak tiga tahun lepas meskipun dia sering bertukar gajet. Gambar senyuman manis seorang yang pernah menjadi nombor satu dan akan selamanya menjadi nombor satu dalam hatinya. Gambar itu juga yang memenuhi ruang meja di pejabatnya dan dinding rumahnya.
Dalam dia mengimbau kembali kesilapannya, bunyi pengumuman ketibaan pesawat yang membawa penumpang dari bumi kota fesyen, Paris. Dayyan segera berdiri membetulkan bajunya yang sedikit kusut akibat duduk terlalu lama. Jambangan bunga tidak dilupakan. Dia menanti di hadapan balai ketibaan.
Dari jauh kelihatan kelibat Hanis yang melambai ke arahnya dengan sebelah tangan lagi menolak troli bagasi. Dia membalas lambaian itu sambil mengangkat sedikit jambangan bunga. Kelihatan senyuman Hanis melebar apabila melihat jambangan bunga itu dari jauh.
Apabila Hanis semakin hampir, Dayyan terkesima.
Bukan kerana melihat Hanis, namun insan yang berada di belakang Hanis. Wanita tinggi lampai bertubuh lansing persis model yang berjalan di belakang Hanis. Cantiknya wanita itu sehingga membuatkan dia tidak sedar Hanis sudah berada di hadapannya. Tanpa sedar dia berjalan sedikit ke kanan.
Wanita yang sibuk membelek telefon di tangan itu tidak menyedari ada yang sedang memerhatikannya. Hinggalah dia terlanggar tubuh seseorang.
“OMG my phone!” jeritnya. Samsung Galaxy Note III berwarna merah jambu miliknya jatuh terhempas.
“I’m sorry! Erk… are you okay?” Dayyan kalut meminta maaf. Salahnya terlalu hampir dengan wanita itu. Dia segera mengutip kembali gajet milik wanita itu lalu ditilik sekilas. Cuma terdapat sedikit kesan calar sahaja.
Wanita itu segera merampas telefonnya. Dayyan memohon maaf lagi.
“Sorry. I betul-betul tak sengaja tadi. Erm.. actually, this is for you,” ujarnya tanpa sedar lalu menghulurkan jambangan bunga yang sepatutnya diberikan kepada Hanis.
Wanita itu segera menarik kaca matanya ke atas kepala. Jambangan bunga itu diterima juga. Mungkin peminatnya. Dia mengangkat sedikit wajahnya untuk melihat gerangan lelaki itu. Seketika mata mereka bertaut.
Dayyan terdiam. Sepasang mata itu… bagaikan ada sesuatu mengalir di pembulu darahnya. Panahan mata itu bagaikan ada kuasa yang membekukan sesiapa yang merenungnya.
Wanita itu berasa kurang selesa. “Nevermind, I pergi dulu. Thanks for the flower.”
Dayyan tidak mampu menghalang, hanya mampu menghantar langkah itu dengan seribu rasa.
“You! I tak sangka you bagi bunga tu kat stranger. Apa kena dengan you ni?”
Setelah beberapa minit baru dia dapat mencerna bebelan Hanis. Dia menepuk dahinya. Bagaimana dia boleh menghadiahkan jambangan bunga itu kepada wanita yang baru ditemuinya tidak sampai sepuluh minit sedangkan pada asalnya dia ingin memberinya kepada Hanis? Dia bagaikan dipukau ketika itu.
Dia segera merangka alasan yang munasabah. “Sorrylah. Nanti I belikan you yang baru, I memang niat nak bagi you, cuma tadi I kalut sangat. Lagi satu, tanda minta maaf I sebab terlanggar dia tadi. Tak pasal-pasal jatuh pulak phone dia. Nasib baik tak minta ganti phone baru tadi,” ujarnya dengan lancar. Nasib baik!
“Eh, bukan tadi that woman ke yang langgar you?” soal Hanis dengan wajah yang berkerut.
“Eh you ni, dahlah itupun nak jadi isu. Jomlah. You mesti lapar kan? I belanja you makan.” Dayyan segera menukar topik perbualan. Dia melangkah laju meninggalkan Hanis yang terkulat-kulat dengan bagasinya yang besar dan banyak itu.
Dalam pada itu, matanya melilau mencari kelibat wanita itu namun tidak jumpa. Pekikan Hanis yang menyeru namanya tidak dihiraukan lagi. Dengan perasaan yang sukar ditafsirkan, dia berjalan ke arah kereta Audi miliknya.
Setibanya di hadapan pintu kereta, dia melihat adegan yang menjeruk seribua rasa di tangkai hatinya. Kelihatan seorang lelaki tersenyum mesra di samping wanita yang dijumpainya tadi. Mereka berpelukan dan berlaga-laga pipi.
“You!”
Pekikan yang benar-benar memekakkan telinga. Hanis sudah berdiri di sisinya dengan wajah yang masam mencuka. Mungkin marah sebab ditinggalkan tadi. Dia segera memasukkan bagasi-bagasi Hanis di bonet kereta lalu beredar ke hadapan dan duduk di tempat pemandu.
Hanis terkebil-kebil dengan kelakuan Dayyan. Dia mengisyaratkan lelaki itu agar membukakannya pintu namun sebaliknya Dayyan menurunkan sedikit tingkap penumpang sebelah pemandu.
“You, kalau tak nak kena tinggal masuk cepat!” arahnya.
Hanis menghentak kakinya tanda protes namun segera memboloskan diri ke dalam perut kereta.
Sepanjang memandu, babak sebentar tadi kembali menerjah akalnya. Seketika, fikirannya menerawang mengenangkan kisah lalu…

No comments:

Post a Comment