Pages

Monday 30 December 2013

Kau Yang Kupilih 5

Bab 5

Assalamualaikum readers, memandangkan banyak sangat yang request nak bab seterusnya, here you go. Lepas ni mungkin update agak lambat sedikit, bukan TAK UPDATED tau, lambat sikit aje... hope you all bersabar lah eh, menunggu. Oh, before that, boleh tak tolong De? klik SINI.

Thanks :) enjoy... Kau Yang Kupilih bab 5



Balik saja ke FH, Nabila laju melangkah meninggalkan Zahid. Dia ingin berjumpa abangnya untuk memberitahu dia tarik diri dari terlibat dalam projek sebentar tadi. Rasanya dia tidak akan tahan berurusan dengan lelaki yang bernama Khairie itu. Biarlah Zahid seorang saja yang handle, bisiknya.
Zahid yang tertinggal jauh ke belakang menggaru kepala yang tidak gatal. “Dah kenapa dengan Bella tu?” katanya sendiri.
Ketukan pintu yang agak… erk… ganas mengganggu konsentrasi Faizul. Tidak pernah pula Farida mengetuk pintu begitu. Mahu tercabut pintu tu nanti. Tapi, belum sempat dia mengarahkan masuk, pintu dikuak. Hai, baik tak payah ketuk tadi.
Niat di hati ingin menegur sikap pekerjanya tadi terbantut tatkala wajah adik kesayangan tersembul keluar.
“Adik.”
Wajah Nabila yang menyinga itu dipandang dengan terkejut. Dah kenapa dengan adik aku sorang ni? Soal hatinya. “Adik ni kenapa? Muka macam tu. Dah la ketuk pintu macam nak tercabut. Cuba duduk, rileks dulu.”
Nabila mendengus. Banyaklah kau punya rileks!
“Adik tak nak handle projek tu lagi. I’m so not into it.”
Faizul sedikit terkejut. Baru sekali mesyuarat, takkan dah tarik diri? Mesti ada something, bisik hatinya. Tapi masaklah kalau Nabila tarik diri. Nak harapkan Zahid? Dia sudah mengarahkan Zahid untuk menguruskan pembukaan cawangan baru Terengganu. Itupun dia terpaksa membuat muka kesian dengan Zahid kerana orang kanannya itu sudah banyak mengendalikan projek lain. Kalau yang ni pun nak bagi Zahid, baik Nabila duduk rumah tunggu orang pinang saja!
Tidak boleh tidak, dia kena memujuk adiknya itu.
“Hey, kenapa buat keputusan terburu-buru? Kesianlah kat Zahid nak handle sorang-sorang. Along memang tak boleh masuk sebab Along pun cukup serabai dengan projek-projek lain. Papa pula dah serahkan segalanya dekat Along. Adik jangan macam ni, adik kena tolong Along.” Faizul memasang muka kasihannya.
Kesian? Jadi siapa nak kesiankan dia? Tukas Nabila. “Tak kiralah! Adik rasa tak boleh nak berurusan dengan CEO Hariz Construct tu lagi. Alah, lagipun adik baru lagi. Biarlah adik handle projek kecil-kecil dulu. Zahid tu ada, adik yakin dia boleh buat. Diakan orang kepercayaan abang?”
Fikiran Faizul semakin serabut. Difikirnya lagi alasan yang boleh direka.
“Adik, Zahid memang boleh handle sebab dia berpengalaman. Tapi, dah terlalu banyak projek Along pas kat dia. Kalau yang ni pun bagi dia, kesianlah dia dik. Tidur kat ofis jawabnya dik. Alah dik, adik kenalah biasakan diri handle projek-projek macam ni. Adik jangan macam ni. Dahlah Angah tak boleh diharap. Belajar benda lain, kerja benda lain.” Faizul mendengus geram mengenangkan Fazril, anak kedua dalam keluarga.
Fazril agak berbeza dibandingkan dengan dia dan Nabila. Fazril lebih cendenrung dengan kerjaya seni. Minatnya terhadap bidang photography memang terserlah sejak di bangku sekolah lagi. Tapi Datuk Halim tetap mahukan Fazril mengikut jejaknya jadi Fazril dihantar ke London untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Business Managment. Nasib baik Fazril mahu menurut cakapnya.
Bertahun di negara orang, akhirnya Fazril pulang ke tanah air. Namun alangkah terkejutnya mereka sekeluarga apabila Fazril menyatakan ingin membuka perniagaan sendiri. Bila ditanyakan apakah bidang perniagaan yang ingin diceburi, mereka sekali lagi terkejut. Fazril mengatakan dia ingin membuka studio. Dia juga berkata dia di sana dia ada mengambil course photography. Akibat terkejut, Datuk Halim diserang sakit jantung.
Semasa Datuk Halim dikejarkan ke hospital, Fazril pula nekad membawa diri. Dia mengambil keputusan untuk keluar dari rumah itu atas alasan yang mereka sendiri tidak tahu. Mungkin kerana jiwanya memberontak, telah Faizul. Sampai sekarang Fazril tidak menjejakkan kaki ke rumah keluarga. Menjenguk papa dan mama jauh sekali. Namun Faizul masih bersyukur kerana Fazril kini berjaya dalam bidang yang menjadi minatnya itu. Hasil kerjanya sering mendapat perhatian majalah-majalah. Tapi dia yang tidak cukup tangan mengendalikan urusan pejabat ditambah pula dengan kondisi kesihatan papa yang tidak kurang stabil.
Nasib baik masih ada dia dan Nabila yang dapat meneruskan hasil titik peluh Datuk Halim. Itupun Nabila juga sebenarnya lebih meminati bidang kulinari. Huh, susah! Itupun dia yang memujuk agar Nabila mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang Business Management. Alhamdulillah, Nabila tidak melencong mengambil kursus lain. Tapi agak lama juga, bertahun adiknya belajar di negara orang. Habis satu kursus, disambung dengan kursus lain. Disebabkan itulah dia membenarkan Nabila bercuti lama sebelum masuk ke syarikat.
Nabila melambai tangannya di hadapan Faizul. “Along kau ni kenapa?”
Sepi.
“Along!” satu cubitan di pipi cukup untuk membuatkan Faizul kembali ke alam yang nyata. “Apa?” soalnya bingung.
“Huh! Tadi bukan main merayu orang. Sekarang boleh pula tanya, apa?” rungut Nabila.
Faizul tersengih. Baru dia ingat. Tadi dia sedang memujuk Nabila. “Adik tolonglah ya?”
Nabila merenggus.
“Alah dik, sekali ni aje. Ya? Please… Along belikan iPhone yang baru keluar tu, okay tak? Cool tak?”
Nabila tersenyum sinis. “Tak payah. Orang tolong ikhlas. iPhone tu aku dah beli hari tu. Tapi kalau keluar model baru, kau kena belikan aku! Janji?” Nabila bersetuju juga untuk meneruskannya walaupun hati masih meraung kata tidak. Kasihan juga abangnya itu merayu-rayu siap offer barang.
Faizul tersenyum.”Okay aku, Faizul Nazrin berjanji!”
Meletus tawa dua beradik itu.
Setelah Nabila berlalu keluar, Faizul termenung memikirkan adiknya. Kalau diikutkan, urusan Nabila bukan banyak pun dengan Hariz Construct tu. Sekadar tukar pelan ruang restoran aje. Lepas tu dia akan lebih banyak berurusan dengan pihak Grandville Hotel. Hmm…


Lima hari bekerja, hujung minggu harus digunakan untuk berehat. Nabila mengeluh kecil. Kalau dulu, hujung minggu dihabiskkan dengan keluar melepak dengan Sharmila. Tapi sekarang, badannya tidak larat untuk melakukan aktiviti itu lagi. Hujung minggu untuk berehat!
Betapa dia rindu waktu-waktu senggangnya ketika masih bergelar ‘penganggur terhormat’.
Alah, rilekslah. Baru seminggu kot kau kerja, kata hatinya.
Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi dan dia masih lagi di atas katil. Sudah terbiasa begitu, hidup ala-ala remaja walhal umur dipenghujung dua puluh. Lagi tiga tahun akan bertukar menjadi angka tiga. Langsung tiada teman lelaki, jauh sekali calon suami. Sharmila pula sudah temui belahan jiwa semasa belajar dulu. Senior yang tua dua tahun dari mereka.
Nabila mula berfikir, kalau dia sudah menjejak angka tiga, mesti tak laku dah.
Alah, belum masuk angka tiga pun tak laku, ini lagi bila umur sudah meningkat! Sampuk akalnya.
Nabila mencebik. Betullah tu.
Haruskah dia ubah penampilannya?
Nabila menggeleng. Malaslah!
Akhirnya, biarlah masa menentukan. Jodoh itukan, rahsia Allah? Setiap manusia diciptakan berpasangan. Nanti adalah tu, Nabila menyedapkan hatinya. Tapi manusia kenalah berusaha, kan? Ah semaklah! Gerutu Nabila. Malas dia mahu berfikir lagi soal itu. Lantaklah!
“Ma, Atin keluar kejap. Nak beli barang sikit. Ingat nak buat cupcakes,” pamit Nabila di muka pintu rumah.
“Ha, pergilah. Kalau nak keluar cari menantu untuk mama pun tak apa!” laung Datin Fatimah dari dapur. Nabila mencebik. Sikit-sikit hal itu yang nak dibangkitkan. Tu, Kak Fariza ada. Cukup apa, Kak Fariza tu dah bagi dua orang cucu okay!
Tanpa berlengah, kereta Audi TT pemberian papa dipandu meninggalkan perkarangan banglo tiga tingkat yang digelarkan Teratak Mahligai. Hasil rekaan luar dan dalam sepenuhnya mengikuti kemahuan Datin Fatimah.
Setengah jam memandu, sampai juga di Jusco. Malas dia memandu lebih jauh untuk ke kedai yang menjual barang pastri.
Tangannya disanggah pada pemegang untuk menolak troli manakala jemarinya membelek iPhone. Dia ingin memasak untuk makan tengah hari sekali.
“Masak nasi ayamlah!” ucapnya sendiri. Troli di tolak ke bahagian ayam segar. Beberapa ketul ayam dimasukkan ke dalam plastik lalu ditimbang. Seterusnya, dia ke bahagian sayur kerana berdekatan. Salad segar diambil dan diletakkan di dalam troli. Cukuplah tu, barang yang lain masih ada di rumah.
Kemudian dia menolak lagi troli untuk mencari barang-barang membuat cupcake.


“Hello mummy, Rie tak jumpalah.” Rungut Khairie. Dia bukan reti sangat cari barang-barang dapur ni. Nak masak memang jauh sekali. Alah, dia lelaki. Nanti cari bini, carilah yang pandai masak. Senang!
Kedengaran ibunya, Puan Sri Hasnah membebel di hujung talian. “Kamu ni Rie, benda senang tu pun tak tahu. Mummy dah cakapkan tadi, takkan tak jumpa. Apa nak jadi dengan kamu ni. Esok-esok dah kahwin, susah la macam ni.”
Khairie merenggus. “Mummy tersayang, Idham Khairie ni anak lelaki tau. Kalau kahwin pun, bukan Rie yang urus rumah. Lainlah Wan, tu. Anak bongsu kesayangan mama tu perempuan. Tapi haram satu benda pun tak pandai masak.” Khairie mempertahankan dirinya.
Puan Sri Hasnah mengeluh lagi. Teringat pula anak bongsunya itu. Wan, tahunya shopping saja. Disuruh belajar masak, banyak pula alasannya. Umur pun bukan muda lagi, tapi lagaknya macam budak baru lepas SPM. Bebas tanpa komitmen. Ini nasib baik Khairie pujuk masuk kerja. Kalau tidak, menghabiskan duit poket sajalah kerjanya!
“Hello… mummy? Are you still there?”
Tersentak lamunan Puan Sri Hasnah. “Hello. Yeah, I’m still on the line. Alah, susah sangat tanya ajelah pekerja. Takkan sorang pun tak ada kut? Dahlah, mummy nak tengok sup tu, dah menggelegak pulak. Orang suruh cari tepung jagung pun susah!” omel Puan Sri Hasnah sebelum memutuskan talian.
Khairie menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Nak tanya siapa?
Dalam dia sibuk melilau mencari pekerja Jusco, pinggulnya dilanggar oleh sesuatu.
Heish, orang dah tengah bingung ni, ada pulak yang tak reti tolak troli elok-elok! Renggusnya. Ditolehnya belakang dan…
“Hoi macik! Kau lagi, kau lagi. Tak habis-habis nak langgar aku, kan? Mata letak di mana? Ke kau memang saja? Malasnya aku nak hadap muka kau ni!”  buat ke sekian kalinya mereka bertemu lagi, Khairie dan Fatin.
Nabila mencebik. “Awak tu yang berdiri di tengah laluan apa kes? Nak salahkan kita pulak. Orang tak sengaja okay!”
Khairie mendengus. “Tak sengaja apa kalau dah banyak kali kau langgar aku? tak habis-habis cari masalah. Kalau muka cantik tak apalah jugak!”
Nabila mencebik. Dia ah mula dah….
“Kau tu, sedar diri sikit. Buruk! Tapi ada hati nak kejar-kejar aku. Aku tak layanlah perempuan macam kau ni. Saja langgar aku, ingat aku nak hadaplah? Sorry okay! Kau ni entah-entah dah suka kat aku, sebab tu asyik ikut mana aku pergi kan? Stalker!”
Wah, ini sudah melebih ni. Sejak bila aku tangkap cintun dengan dia pulak? Not my taste okay!
“Manusia, awak ingat awak sorang aje handsome? Sorry okay. Kalau ikut kamus saya, awak sikit pun tak layak pegang title handsome tu. Ingat saya terhegeh-hegeh nakkan awak? Untuk pengetahuan awak, you are not my taste! Not my ideal type! Jauh panggang dari api. Awak tu lembik sangat. Kena langgar sikit nak sentap. Marah-marah. Membebel. Sikit pun tak macho okay! Jambu adalah! Lembik!” ejek Nabila. Puas menghambur segalanya, Nabila menolak trolinya sedikit ke tepi lalu mengambil tepung jagung dan diletakkan di dalam troli. Langsung tidak menghiraukan jelingan tajam dari lelaki itu. Seketika telefonnya berdering.
“Hello ma. Aha..
Kejap lagi.
Tepung jagung? Hmm okay. Ni tengah pegang lah ni.
Okay bye”
Agak terkejut dia apabila lelaki itu mengambil tepung jagung yang baru diletakkan di dalam troli tadi.
“Awak ni dah kenapa? Banyak lagi kat sana tu!” sedikit terjerit Nabila.
Khairie tidak mengendahkan. Nasib baik jumpa tepung jagung! Kalau tidak memang kena bebel oleh mummy. Dia berlalu pergi untuk membuat bayaran. Terima kasih kepada Si Hodoh tu, dia jumpa tepung jagung. Hahaha…
Nabila mencebik. Geramnya!



hope korang boleh bagi komen sikit. boleh De ubah mana yang patut nanti. Si cantik dan handsome, klik SINI jap!

one more, alahai banyaknya commercial ! Bagi sesiapa yang ade twitter tu, scroll ke atas tengok sidebar di sebelah kiri tu, ada nampak button follow twitter tak? Bolehlah follow De kalau sudi... mention for followback okay :) sekian....

thanks :)

15 comments:

  1. Replies
    1. Just wait okay... thanks :)

      Delete
    2. Hey DE. Nice blog. Singgah lah my blog kalau sudi. Hehehe. Anyway nice story ;)

      Delete
  2. Thanks :) nanti sya singgah blog awk.

    ReplyDelete
  3. Ala .. sampai bab 5 je ke ? Bab 6 x de ? Citer ni besttt ! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually dalam draft banyak lagi tunggu masa yg sesuai nak upload. rajin2 lah godek blog ni k. THANKS :)

      Delete
    2. Everyday check ! Heheh . Welcome ^^

      Delete
  4. BEST! hari hari check your blog untuk tengok sama ada dah update or belum. I am waiting for your next entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww thanks dear. Sorryllah lately busy sgt nak upload ... tunggu k !

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Cheryel Charissah20 January 2014 at 01:19

    The best :)

    ReplyDelete