Bab 3
Before you all baca, boleh tolong tak? Jom Klik >SINI<
continue reading :) thank you.
Nabila membatalkan
niatnya meminta maaf. Huh, kenapa dia lagi? Jodoh? Ish. Gila apa nak jodoh
dengan dia ni? Perang hatinya. Jejaka yang kelihatan santai bergaya dalam
t-shit Polo biru itu menjeling geram.
“Kenapalah
kau ni menyemak di sini… dah tu asyik nak melanggar orang aje. buta! Eh, kenapa
kau tak pakai spek aje kan? Bagi dua puluh lapis biar jelas. Manusia pun kau
boleh tak nampak, main langgar aje.”
Nabila
ingin menjawab namun lelaki bajet hot itu menyambung lagi.
“Oh
aku tahu kenapa kau tak pakai spek, kau takut muka kau yang hodoh tu, bertambah
hodohnya bila pakai spek! Hahaha…” ketawa jahat itu menyakitkan telinga Nabila.
Ada yang nak makan sneaker saiz lima nampak!
Dunia
ni memang bulat kan? Eh silap, sphere. Pusing-pusing, jumpa balik. Tapi malangnya
kenapa harus dia ni? Gerutu Nabila. Buat sesak jiwa mengadap makhluk seorang
ni.
Akhirnya
Nabila bersuara setelah lelaki itu kelihatan puas menghambur tawanya.
“Puas?
Tolong ketepi. Saya nak makan.”
Melopong
si jejaka melihat Nabila berlalu begitu sahaja. Tak melawan? Biar betul? Dia
hanya memerhatikan gadis buruk itu yang semakin menjauh dengan bungkusan
plastik berisi takoyaki. Tiba-tiba mulutnya terasa ringan mahu mengutuk lagi.
“Makanlah
benda bulat tu bebanyak. Nanti dah la hodoh, bulat pulak tu!”
Nabila
berhenti. Namun tidak menoleh. Sakitnya hati!!!
Breath
in… breath out… kita perang dingin kan, Fatin Nabila? Biar aje dia tu, Nabila
bermonolog sendiri.
Punggungnya
dilabuhkan di kerusi setelah memesan segelas milo sejuk. Bungkusan takoyaki
diangkat lalu dibuka.
“Alamak!”
jeritnya separah nada. Sos soya tertumpah di jeans biru lembutnya itu.
Hasilnya, corak terbaru. Malangnya nasib!
Huh!
Ini mesti kes tadi, getusnya. Mungkin kotak takoyaki itu terbalik semasa dia
terlanggar mamat bajet hot dan poyo itu tadi. Namun perutnya perlu diisi, tanpa
berlengah sebiji bebola sotong itu disuakan ke mulutnya.
Orang disekeliling
tidak lepas dari memandangnya. ‘Huh, tahula seluar aku ‘cantik’ sangat!’
bisiknya perlahan. Bukan sedikit sos yang tertumpah tadi. Jadilah Fatin
Nabila-celup-sos soya. Tapi, ada aku kesah?
Langkah
terus dihayun ke lobi Golden Screen Cinema. Wayang Insidious 2 akan mula lebih
kurang dalam sepuluh minit lagi. Mahu beli popcorn dulu sebelum masuk,
fikirnya. Entah sejak bila dia berani nak tengok cerita seram itu, dia sendiri
tidak tahu. Bukannya keberanian itu sudah datang, hati memberontak ingin
menyaksikan sendiri setelah membaca feed back rakan twitter berkenaan filem
itu. Takut memang takut tapi digagahkan juga demi pengalaman.
Usai
membeli popcorn dan coke, digagahkan sekali lagi kakinya melangkah masuk.
Gelap.
Orang
taklah ramai sangat. Nampak macam dia yang lewat masuk. Ah, duduk mana-mana pun
okay!
Nabila
memilih untuk duduk di couple seat. Buat apa duduk di tengah kalau hanya dia
seorang saja? Boring.
Sebaik
wayang bermula, keadaan menjadi sunyi. Belum apa-apa lagi bulu romanya menegak.
Seram!
Kisah
bermula dengan ‘flashback’ berkaitan seorang budak lelaki yang boleh merasakan
kehadiran makhluk halus. Nabila sudah tidak senang duduk. Tiba-tiba seorang
lelaki duduk di sebelahnya membuatkan dia terjerit kecil.
“Sorry,”
ujar lelaki itu.
Nabila
hanya mengangguk kecil. Mata yang sepatutnya difokuskan pada skrin itu
sebaliknya menunduk. Telinga pula disumbat dengan earphone. Lagu dimainkan.
Lebih baik begini.
Namun
ketenangannya direntap oleh tangan kasar yang menarik earphonenya. Nabila
mendengus.
“What?”
acuhnya.
“Baik
tak payah beli tiket kalau masuk sekadar nak dengar lagu,” sindirnya.
Nabila
mencebik. Sibuk!
Serentak
itu bunyi sesuatu yang kuat dan derapan kaki laju menakutkan Nabila. Tanpa
berfikir panjang dia memaut erat lengan sasa lelaki di sebelahnya.
“Takut?”
Nabila
mengangguk.
“Rileks,
saya ada. Jom tengok sama-sama.”
Nabila
terkedu. Siapkah gerangan di sebelahnya yang begitu prihatin ini? Hatinya tidak
enak. Degupan jantung mula tidak teratur. Tingkah lelaki itu menggetarkan
sedikit-sebanyak naluri wanitanya.
Saat
itu, hanya indah menjadi bayangannya. Cerita yang sepatutnya seram tidak lagi
menakutkannya sehinggalah bayangan wanita bergaun labuh warna putih melintas
laju dan…
“ARGH!!!!!”
jerit Nabila.
“Hey,
shuttt. Saya kan ada kat sebelah ni. Tak ada apa nak ditakutkan!” lelaki itu
menenangkan Nabila.
Tangan
lelaki itu menyapa lembut pipinya lantas kepalanya ditolak lembut melentok di
bahu itu. Nabila sekali lagi tidak keruan. Argh! Kenapa macam ni? Bisik
hatinya.
Tidak
pernah dia merasakan geratan sehebat ini.
Akhirnya
dia mencekalkan hati untuk menonton sehingga habis keseluruhan cerita. Best
jugak plot cerita itu.
Parker,
rupanya mengalami zaman kanak-kanak yang sukar. Ibunya tidak menerima dirinya
sebagai seorang budak lelaki lantas dia dipaksa berpakaian seperti kanak-kanak
perempuan dan dipakaian rambut palsu.
Setelah
misteri diselesaikan, akhirnya semuanya kembali seperti biasa. Tiada lagi
Parker yang menghantui hidup sepasang suami isteri itu. Elise, yang banyak
membantu kekal di dunia kegelapan sementara sahabatnya kembali ke dunia asal.
Fuh,
best jugak!
Setelah
lampu dipasangkan, Nabila menoleh untuk melihat wajah lelaki itu. Ingin dia
ucapkan terima kasih sekali gus menyampaikan salam perkenalan. Hatinya berbunga
riang. Seakan taman bunga mekar di hatinya.
Saat
dia ingin menoleh, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Nama
saya Idham Khairie. Panggil aje Rie.” Si jejaka idaman menhulurkan salam
perkenalan.
Nak
sambut ke tidak? Hatinya bergejolak.
Sambut.
Sebaik
kepala ditoleh ke kanan. Lain ceritanya.
“Awak?!”
“Kau?!”
serentak
kedua-dua mereka.
Nabila
mencebik.
“Huh,
apa punya malang aku dapat hari ni. Jumpa kau lagi. Duduk sebelah minah
selekeh. Ish geli aku! nah ambil balik minyak kat muka kau tu…” lelaki itu
mengelap telapak tangannya di baju Nabila.
Alah,
acah aje tu. mana ada minyak tu melekat pun. Saja, buat sakit hati.
Nabila
merenggus geram. Eleh, tadi dia beria-ria ‘Sayakan ada blah blah bla…’
sekarang, lain cerita. Hey, kalau aku tahu tu tangan kau, tak hengen aku nak
pegang tau! Namun tertahan dalam hati. Dia malas mahu bertekak. Perang dingin
katakan…
“Heysh..
geli aku!” lelaki itu beredar laju.
Nabila
menjelirkan lidahnya. Pirahhhh!
Pintu
bilik dihempas kuat. Nabila merenggus geram. Sebal! Kenapa mesti jumpa lelaki
itu lagi? Rungutnya.
Baru
saja nak tangkap feel tadi. Huh! Spoil.
Macam
mana sampai tak perasan lelaki itu? ‘Nama saya Idham Khairie. Panggil aje Rie.’
Ajuknya. Rie, huh? Hey tak hengen aku nak tahu nama kau, mangkuk! Jerit
hatinya. Satu persatu ejekan lelaki itu menerjah kembali fikirannya. Jelik?
Hodoh? Selekeh? Takoyaki, bulat… urgh!
Nabila
merenung pantulan dirinya di cermin. Ya, aku tak cantik. Tidak standing
Sharmila. Aku tak pandai nak bergaya, seksi sana sini. Tapi aku masih manusia,
masih ada maruah. Tiba-tiba hatinya sebak.
“Perlu
kah nak berubah untuk puaskan hati semua orang?” soalnya di hadapan cermin.
Tidak.
“This
is me. Fatin Nabila, an ordinary girl. I will not change my look!” tegasnya
kepada diri sendiri.
Tidak
perlu menjadi cantik kalau semuanya plastik. Cantik untuk memuaskan hati orang,
apa kepuasan yang dia dapat? Lebih baik menjadi diri sendiri. Pedulikan apa
orang nak kata! Mulut orang, lama-lama diam jugak. Cuma masa menentukan,
telahnya.
“Hai
Fatin Nabila. Kau takyah nak propa turning into a princess. Being this way is
much better. Tak perlu fikir make up dua puluh empat jam. Biar orang kata kulit
kita berminyak, dia orang tu tak pernah ada minyak kat muka. Itu abnormal!
Nabila menenangkan diri sendiri.
Hidupnya
normal sahaja setelah pulang ke tanah air sehinggalah beberapa hari yang lalu.
Argh!! Geramnya. Ada jugak lelaki spesis itu di dunia ni, kutuk Nabila. Bodohlah
siapa nak terjatuh hati dengan lelaki itu.
Tapi…
Hatinya
tadi bergetar hebat. Dia merasakan dirinya selamat berada dekat dengan lelaki
itu. Tenang dan bahagia. Tidak pernah dia mempunyai rasa itu terhadap mana-mana
lelaki, meskipun Zack! Selaku lelaki paling rapat dengannya.
Wait,
apasal hati dok kenang lagi ni?!
Nabila
menampar pipinya. “Wake up Fatin Nabila! He is not a good guy for you.”
Perlahan
dia mencapai tuala dan membersihkan diri. Biar tenang rasa hati.
>Klik Sini< PLEASEEEE
Klik Sini please :)
>Klik Sini< PLEASEEEE
Klik Sini please :)
BEST NAK LAGI KALAU BOLEH JANGAN LAH LAMA SANGAT YA TQ.
ReplyDeleteThanks baby mio. sorry sebab lambat sangat update. lately busy sgt lerr. ingat nak siapkan manuskrip untuk dihantar tapi tengoklah dulu xD
Deletebetul...betul..betul....nak lagi tapi jgn lama sgt...cite ni best sangat...
ReplyDeletesalmi, inshaaAllah akan rajin update. lately busy sgt -.-' btw, thanks :)
Deletesuspen plak
ReplyDeleteYe? hehe, jom baca bab 4 pulak!
Deletenak lgi...
ReplyDeletebila nk samvung?
best x3 :D
Best? thank you. jemput baca bab 4 :)
ReplyDeletejom visit belog sy ..kalo sudi :) http://amirahmustapha.blogspot.com/
ReplyDeletedah visit blog awk :)
Delete