Pages

Monday 23 December 2013

Kau Yang Kupilih 3

Bab 3

Before you all baca, boleh tolong tak? Jom Klik  >SINI<

continue reading :) thank you. 


Nabila membatalkan niatnya meminta maaf. Huh, kenapa dia lagi? Jodoh? Ish. Gila apa nak jodoh dengan dia ni? Perang hatinya. Jejaka yang kelihatan santai bergaya dalam t-shit Polo biru itu menjeling geram.
“Kenapalah kau ni menyemak di sini… dah tu asyik nak melanggar orang aje. buta! Eh, kenapa kau tak pakai spek aje kan? Bagi dua puluh lapis biar jelas. Manusia pun kau boleh tak nampak, main langgar aje.”
Nabila ingin menjawab namun lelaki bajet hot itu menyambung lagi.
“Oh aku tahu kenapa kau tak pakai spek, kau takut muka kau yang hodoh tu, bertambah hodohnya bila pakai spek! Hahaha…” ketawa jahat itu menyakitkan telinga Nabila. Ada yang nak makan sneaker saiz lima nampak!
Dunia ni memang bulat kan? Eh silap, sphere. Pusing-pusing, jumpa balik. Tapi malangnya kenapa harus dia ni? Gerutu Nabila. Buat sesak jiwa mengadap makhluk seorang ni.
Akhirnya Nabila bersuara setelah lelaki itu kelihatan puas menghambur tawanya.
“Puas? Tolong ketepi. Saya nak makan.”
Melopong si jejaka melihat Nabila berlalu begitu sahaja. Tak melawan? Biar betul? Dia hanya memerhatikan gadis buruk itu yang semakin menjauh dengan bungkusan plastik berisi takoyaki. Tiba-tiba mulutnya terasa ringan mahu mengutuk lagi.
“Makanlah benda bulat tu bebanyak. Nanti dah la hodoh, bulat pulak tu!”
Nabila berhenti. Namun tidak menoleh. Sakitnya hati!!!
Breath in… breath out… kita perang dingin kan, Fatin Nabila? Biar aje dia tu, Nabila bermonolog sendiri.
Punggungnya dilabuhkan di kerusi setelah memesan segelas milo sejuk. Bungkusan takoyaki diangkat lalu dibuka.
“Alamak!” jeritnya separah nada. Sos soya tertumpah di jeans biru lembutnya itu. Hasilnya, corak terbaru. Malangnya nasib!
Huh! Ini mesti kes tadi, getusnya. Mungkin kotak takoyaki itu terbalik semasa dia terlanggar mamat bajet hot dan poyo itu tadi. Namun perutnya perlu diisi, tanpa berlengah sebiji bebola sotong itu disuakan ke mulutnya.


Orang disekeliling tidak lepas dari memandangnya. ‘Huh, tahula seluar aku ‘cantik’ sangat!’ bisiknya perlahan. Bukan sedikit sos yang tertumpah tadi. Jadilah Fatin Nabila-celup-sos soya. Tapi, ada aku kesah?
Langkah terus dihayun ke lobi Golden Screen Cinema. Wayang Insidious 2 akan mula lebih kurang dalam sepuluh minit lagi. Mahu beli popcorn dulu sebelum masuk, fikirnya. Entah sejak bila dia berani nak tengok cerita seram itu, dia sendiri tidak tahu. Bukannya keberanian itu sudah datang, hati memberontak ingin menyaksikan sendiri setelah membaca feed back rakan twitter berkenaan filem itu. Takut memang takut tapi digagahkan juga demi pengalaman.
Usai membeli popcorn dan coke, digagahkan sekali lagi kakinya melangkah masuk.
Gelap.
Orang taklah ramai sangat. Nampak macam dia yang lewat masuk. Ah, duduk mana-mana pun okay!
Nabila memilih untuk duduk di couple seat. Buat apa duduk di tengah kalau hanya dia seorang saja? Boring.
Sebaik wayang bermula, keadaan menjadi sunyi. Belum apa-apa lagi bulu romanya menegak. Seram!
Kisah bermula dengan ‘flashback’ berkaitan seorang budak lelaki yang boleh merasakan kehadiran makhluk halus. Nabila sudah tidak senang duduk. Tiba-tiba seorang lelaki duduk di sebelahnya membuatkan dia terjerit kecil.
“Sorry,” ujar lelaki itu.
Nabila hanya mengangguk kecil. Mata yang sepatutnya difokuskan pada skrin itu sebaliknya menunduk. Telinga pula disumbat dengan earphone. Lagu dimainkan. Lebih baik begini.
Namun ketenangannya direntap oleh tangan kasar yang menarik earphonenya. Nabila mendengus.
“What?” acuhnya.
“Baik tak payah beli tiket kalau masuk sekadar nak dengar lagu,” sindirnya.
Nabila mencebik. Sibuk!
Serentak itu bunyi sesuatu yang kuat dan derapan kaki laju menakutkan Nabila. Tanpa berfikir panjang dia memaut erat lengan sasa lelaki di sebelahnya.
“Takut?”
Nabila mengangguk.
“Rileks, saya ada. Jom tengok sama-sama.”
Nabila terkedu. Siapkah gerangan di sebelahnya yang begitu prihatin ini? Hatinya tidak enak. Degupan jantung mula tidak teratur. Tingkah lelaki itu menggetarkan sedikit-sebanyak naluri wanitanya.
Saat itu, hanya indah menjadi bayangannya. Cerita yang sepatutnya seram tidak lagi menakutkannya sehinggalah bayangan wanita bergaun labuh warna putih melintas laju dan…
“ARGH!!!!!” jerit Nabila.
“Hey, shuttt. Saya kan ada kat sebelah ni. Tak ada apa nak ditakutkan!” lelaki itu menenangkan Nabila.
Tangan lelaki itu menyapa lembut pipinya lantas kepalanya ditolak lembut melentok di bahu itu. Nabila sekali lagi tidak keruan. Argh! Kenapa macam ni? Bisik hatinya.
Tidak pernah dia merasakan geratan sehebat ini.
Akhirnya dia mencekalkan hati untuk menonton sehingga habis keseluruhan cerita. Best jugak plot cerita itu.
Parker, rupanya mengalami zaman kanak-kanak yang sukar. Ibunya tidak menerima dirinya sebagai seorang budak lelaki lantas dia dipaksa berpakaian seperti kanak-kanak perempuan dan dipakaian rambut palsu.
Setelah misteri diselesaikan, akhirnya semuanya kembali seperti biasa. Tiada lagi Parker yang menghantui hidup sepasang suami isteri itu. Elise, yang banyak membantu kekal di dunia kegelapan sementara sahabatnya kembali ke dunia asal.
Fuh, best jugak!
Setelah lampu dipasangkan, Nabila menoleh untuk melihat wajah lelaki itu. Ingin dia ucapkan terima kasih sekali gus menyampaikan salam perkenalan. Hatinya berbunga riang. Seakan taman bunga mekar di hatinya.
Saat dia ingin menoleh, lelaki itu terlebih dahulu bersuara.
“Nama saya Idham Khairie. Panggil aje Rie.” Si jejaka idaman menhulurkan salam perkenalan.
Nak sambut ke tidak? Hatinya bergejolak.
Sambut.
Sebaik kepala ditoleh ke kanan. Lain ceritanya.
“Awak?!”
“Kau?!”
serentak kedua-dua mereka.
Nabila mencebik.
“Huh, apa punya malang aku dapat hari ni. Jumpa kau lagi. Duduk sebelah minah selekeh. Ish geli aku! nah ambil balik minyak kat muka kau tu…” lelaki itu mengelap telapak tangannya di baju Nabila.
Alah, acah aje tu. mana ada minyak tu melekat pun. Saja, buat sakit hati.
Nabila merenggus geram. Eleh, tadi dia beria-ria ‘Sayakan ada blah blah bla…’ sekarang, lain cerita. Hey, kalau aku tahu tu tangan kau, tak hengen aku nak pegang tau! Namun tertahan dalam hati. Dia malas mahu bertekak. Perang dingin katakan…
“Heysh.. geli aku!” lelaki itu beredar laju.
Nabila menjelirkan lidahnya. Pirahhhh!


Pintu bilik dihempas kuat. Nabila merenggus geram. Sebal! Kenapa mesti jumpa lelaki itu lagi? Rungutnya.
Baru saja nak tangkap feel tadi. Huh! Spoil.
Macam mana sampai tak perasan lelaki itu? ‘Nama saya Idham Khairie. Panggil aje Rie.’ Ajuknya. Rie, huh? Hey tak hengen aku nak tahu nama kau, mangkuk! Jerit hatinya. Satu persatu ejekan lelaki itu menerjah kembali fikirannya. Jelik? Hodoh? Selekeh? Takoyaki, bulat… urgh!
Nabila merenung pantulan dirinya di cermin. Ya, aku tak cantik. Tidak standing Sharmila. Aku tak pandai nak bergaya, seksi sana sini. Tapi aku masih manusia, masih ada maruah. Tiba-tiba hatinya sebak.
“Perlu kah nak berubah untuk puaskan hati semua orang?” soalnya di hadapan cermin.
Tidak.
“This is me. Fatin Nabila, an ordinary girl. I will not change my look!” tegasnya kepada diri sendiri.
Tidak perlu menjadi cantik kalau semuanya plastik. Cantik untuk memuaskan hati orang, apa kepuasan yang dia dapat? Lebih baik menjadi diri sendiri. Pedulikan apa orang nak kata! Mulut orang, lama-lama diam jugak. Cuma masa menentukan, telahnya.
“Hai Fatin Nabila. Kau takyah nak propa turning into a princess. Being this way is much better. Tak perlu fikir make up dua puluh empat jam. Biar orang kata kulit kita berminyak, dia orang tu tak pernah ada minyak kat muka. Itu abnormal! Nabila menenangkan diri sendiri.
Hidupnya normal sahaja setelah pulang ke tanah air sehinggalah beberapa hari yang lalu. Argh!! Geramnya. Ada jugak lelaki spesis itu di dunia ni, kutuk Nabila. Bodohlah siapa nak terjatuh hati dengan lelaki itu.
Tapi…
Hatinya tadi bergetar hebat. Dia merasakan dirinya selamat berada dekat dengan lelaki itu. Tenang dan bahagia. Tidak pernah dia mempunyai rasa itu terhadap mana-mana lelaki, meskipun Zack! Selaku lelaki paling rapat dengannya.
Wait, apasal hati dok kenang lagi ni?!
Nabila menampar pipinya. “Wake up Fatin Nabila! He is not a good guy for you.”
Perlahan dia mencapai tuala dan membersihkan diri. Biar tenang rasa hati.


          >Klik Sini< PLEASEEEE
Klik Sini please :)

10 comments:

  1. BEST NAK LAGI KALAU BOLEH JANGAN LAH LAMA SANGAT YA TQ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks baby mio. sorry sebab lambat sangat update. lately busy sgt lerr. ingat nak siapkan manuskrip untuk dihantar tapi tengoklah dulu xD

      Delete
  2. betul...betul..betul....nak lagi tapi jgn lama sgt...cite ni best sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salmi, inshaaAllah akan rajin update. lately busy sgt -.-' btw, thanks :)

      Delete
  3. nak lgi...
    bila nk samvung?
    best x3 :D

    ReplyDelete
  4. Best? thank you. jemput baca bab 4 :)

    ReplyDelete
  5. jom visit belog sy ..kalo sudi :) http://amirahmustapha.blogspot.com/

    ReplyDelete