Assalamualaikum readers, Jom tolong De penuhkan tabung :) just klik >HERE< and you're done! thanks a lot guys!
Balik dengan muka
cemberut. Nabila kalah lagi. Barang-barang yang dibelinya tadi di keluarkan.
Kalau diikutkan hati, hatinya sudah tawar untuk memasak. Tapi dia tetap memasak
kerana pagi tadi dia sudah janji dengan Alongnya untuk masak tengah hari.
Mindanya
masih tidak dapat membuang wajah sinis Khairie daripada kotak fikirannya.
Benci! Tidak dapat dilupakan dengan muka selamba Khairie mengambil tepung itu
dan blah begitu saja. Menyakitkan hati.
Dia
tahu lelaki itu sengja berbuat seperti itu untuk menyakitkan hatinya. Banyak
lagi bersusun tepung jangung depan mata, orang punya jugak dirembat!
Huh,
beratnya rasa tangan nak bergerak kalau hati dah tawar sangat nak masak, rungut
Nabila. Cili yang diletakkan tepi sinki itu kelihatan sangat jauh walaupun sebenarnya
begitu dekat.
Sedang
dia berkira-kira untuk bergerak, kelibat Siti si pembantu rumah muncul. Bagus!
“Kak
Siti, tolong ambilkan cili tepi singki tu…”
Siti
menurut arahan seperti biasa. Walaupun dalam hati mengata jugak. Dekat pun nak
suruh orang!
Puas
‘berperang’ di dapur, siap jugak nasi ayam!
“Mama,
panggil yang lain, Atin nak hidang ni.”
Tidak
perlu tunggu lama, seisi rumah berkumpul di ruang makan. Laju saja semuanya.
Mana tidaknya, air tangan Nabila memang nombor satu. Sedangkan air tangan mama
tercinta suda jatuh tergolek di tangga ke dua. Kak Fariza pula jarang memasak.
Maklumlah, kena jaga putera dan puterinya, Danirah dan Darwish.
Datin
Fatimah mencedok nasi untuk seisi keluarga. Memang setiap kali makan bersama,
dia akan berbuat begitu. Baginya, kalau tak masak pun, asal melayan dan
menghidangkan masih dia, okaylah tu. Daripada langsung tak buat apa-apa?
Nabila
meletakkan ayam drumstick di pinggan Darwish. Semua orang tahu Darwish hanya
akan makan ayam bahagian itu saja. Nasib baik beli tadi, telahnya.
“Mama,
my drumstick is hard like a stone!”
Seisi
keluarga terdiam.
Nabila
tersentap. Biar betul?
Faizul
pula mengigit ayamnya. Berkerut mukanya. Nabila semakin tidak percaya. Selama
ini seisi rumah akan makan dengan gembira dan memuji masakannya. Tapi kali ini?
Kerutan di wajah-wajah itu cukup membuatkan dia tahu Darwish benar.
“Erk,
dik… abang nak cakap macam mana eh, abang tak pandai masak tapi… kenapa ayam
adik ni macam…
“Overcooked?”
potong Nabila.
Semua
mengangguk.
“Ada
lagi..” tambah Faizul.
Nabila
fokus memandang abang sulunya.
“Lori
garam tumpah eh? masin!”
“Do
you have problems?” soal Farizah pula. Pelik. Nabila selama ini merupakan
tukang masak terbaik di rumah. Semua masakannya sedap belaka. Kenapa buat
pertama kalinya, menu yang selama ini hanya di hujung jari boleh jadi begini?
Mesti adik iparnya itu memendam sesuatu, ulasnya.
“Tak
ada apalah kak. Along, kalau tak sedap jangan paksa makan. Adik pergi beli
something kat luar okay? Atau semua nak makan luar? Sounds good. Dah lama tak
makan luar. Jomlah!” Nabila sudah berdiri. Dalam hati mahu dia menangis
meraung. Memasak hobinya, kegemarannya. Bila dapat kritikan begitu, dia sedih.
Datuk
Halim tiba-tiba bersuara. “Fatin Nabila, duduk!”
Nabila
tersentak namun diturutkan juga arahan dari pemegang kuasa veto.
“Papa
tak pernah ajar anak-anak papa membazir. Dah, makan apa yang ada. Jangan nak
kritik aje. makan… Nabila, makan.”
Nabila
tunduk menikus. Diam dan sepi. Nasi dikuisnya. Memang dia gagal. Nasi yang
dikuis itu ada keras, ada lembut. Masakannya sedikit masin. Okay bukan sedikit,
banyak masin. Ini mesti masa bubuh garam teringat muka mamat tu! Huh, kenapa
ni? Tanpa sedar, air matanya menitis. Nasi yang memang sedikit sahaja itu
dihabiskan cepat lalu menghantarnya ke dapur.
Yang
lain masih senyap makan sambil memerhatikan perlakuan Nabila.
“Nabila, kau tak pernah
macam ni!” marahnya sendiri. “Takkan disebabkan dia seorang, kau sampai tak
boleh masak hidangan terhebat untuk mereka lagi? Habis lepas ni macam mana?”
“Padah
kalau memasak dengan hati yang tidak ikhlas.” Suara seseorang menyapa gegendang
telinganya. Nabila menoleh.
“Kak
Fariza.”
“Atin
ada something nak share?”
Nabila
menggeleng. “Tak ada apa-apalah.”
“But
you’re crying right? Tak ada orang menangis tanpa sebab. Orang menangis ni, ada
dua sebab saja. Menangis kerana terlalu gembira atau menangis kerana terlalu
sedih. And I can tell that you are crying because you actually feel the sadness
deep in your heart. Don’t deny it, dear. It’s too obvious.”
“I
don’t know how to start. I didn’t even know what the main problem is.”
“Cerita
semuanya, I’ll hear it.”
Akhirnya
Nabila menceritakan juga semuanya. Dia tahu dia boleh percayakan kakak iparnya
itu. Memang kakak iparnya itu pendengar yang baik. Disebabkan itu mereka rapat
sekali.
Farizah
menasihati adik iparnya itu.
“Fatin
tak boleh macam ni. Nampak macam lemah, senang kena buli. You know what, only
you know what you really need. Pada pandangan akak, Fatin memang kena berubah.
Tapi biarlah perubahan itu berbaloi. Kalau nak berubah semata-mata nak tutup
mulu orang, it’s just… wasting your time dear. Hidup ni tak nikmat kalau asyik
nak puaskan hati orang tanpa kita memikirkan diri sendiri. Mulut orang dik, let
them talk. Puas nanti diamlah.
Fikir
kan benda yang positif. Ini semua hanya dugaan hidup. Adik, kalau adik nak
tahu, dugaan alam perkahwinan lagi mencabar dik. Nasihat akak, adik kenali hati
adik. Jangan biarkan orang nampak kelemahan kita. Be confident. Don’t let them
control your emotion. Don’t let them conquer your life. Orang macam tu, dia orang
dah rasa diri perfect sangat.
Just
forget it.”
Nabila
seakan mendapat suntikan semangat setelah mendengar kata-kata daripada Farizah.
Ya, dia harus biarkan yang berlalu. Apa yang penting, masa hadapan. Apa yang
akan berlaku, itu yang harus difikirkan.
“Oh
and one more, don’t cook while your heart is full with hate and anger.
Kebencian dan amarah is not good to combine with nasi ayam. Terbukti, kan?”
Nabila
tersenyum tawar. Dia faham itu.
“Thanks
kak!” tiba-tiba dia memeluk Fariza.
Fariza
terkejut. Tapi akhirnya dia membalas pelukan itu. Diusapnya belakang Nabila.
“Good morning big
boss!” Nabila masuk ke dalam bilik Alongnya, Faizul. Tidak dilupakan sekotak
kek cawan buat abang tersayang.
“Assalamualaikum.”
Sengaja Faizul menyindir Nabila.
Nabila
mencebik. Eleh, pantang ada kesempatan, mesti kenakan orang!
“Waalaikumussalam
abangku sayang.” Nabila menapak mendekati Faizul dan duduk di hadapan abangnya.
“Ada
apa datang pagi-pagi ni?”
“Nah.”
Faizul
membuka kotak yang dihulurkan Nabila. Alhamdulillah, rezeki!
“Terima
kasih adikku sayang. Beli di mana?”
Nabila
mendengus. Ada pulak dikatanya beli? “Hello, I baked it myself okay!”
Faizul
ketawa. “Saja usik. Bila buat? Tak nampak pun.”
Giliran
Nabila pula menghamburkan tawanya. “Mana nak perasan kalau asyik mengadap tab
aje kerjanya. Along, lain kali kerja pejabat settle kat pejabat aje. Don’t
bring it home.”
“Yalah.
Ada aje kau ni kan.”
“Hai semua! Ini ada
cupcakes for everyone.” Nabila bermurah hati memberikan kepada pekerja yang
berada di situ. Gembira hatinya bila melihat senyuman mereka ketika merasai
sendiri air tangannya.
“Thanks
Cik Bella. Sedap!” puji mereka.
Untunglah,
semenjak Nabila masuk pejabat, ada saja makanan yang dikongsinya kepada pekerja
satu department. Department lain gigi jari ajelah! Bukan tidak ada niat untuk
memberi, tapi kalau semua nak dibagi, patah tangan nak buat sorang-sorang. Baik
buka bakery. Senang.
“Untunglah
siapa dapat Cik Bella ni. Tak kebulur suami kat rumah…” usik pekerja lelaki.
Nabila
tersenyum saja. Untung ke?
Dalam
mereka sibuk merasa kek cawan itu, Zahid datang. “Mine?” soalnya dengan muka
bajet comel dan tangan yang dihulur di hadapan Nabila. Nabila ketawa kecil.
Untuk Zahid?
“Mana
boleh lupa! Nah. Makan sampai muntah.” Usik Nabila. kotak merah jambu itu
dihulurkan kepada Zahid.
Zahid
tersenyum panjang. Wah, harini cupcakes! Tanpa menunggu lagi kotak itu dibuka.
Sebiji kek cawan dikeluarkan lalu tanpa mempedulikan yang lain, kek cawan itu
disumbatkan ke dalam mulut. Sedapnya!
“Apa
ni? Tak sedap langsung.”
Semua
terdiam. Suasana sunyi.
Nabila
membulatkan matanya. Biar betul? Elok aje yang lain kata sedap. Ke Zahid punya
ni ‘special case’?
Melihat
semua mata tertumpu ke arahnya, Zahid perlahan menayangkan sengihnya. “Gurau
ajelah. Sedap. Sedap sangat. Nak jadi isteri I?” usiknya.
Semua
tertawa. Nabila serta-merta bisu. hatinya terusik dengan kata-kata itu meskipun
hanyalah gurauan. Kenapa?
Tanpa
sepatah kata, Nabila menghilang ke biliknya.
“Stress!” keluh Nabila.
Projek cawangan baru di Granville Hotel tempoh hari terlalu berat baginya yang
masih ‘fresh’ dalam syarikat. Membiarkan dirinya seorang untuk berurusan dengan
pihak wakil Grandville Hotel bukan sesuatu yang bagus. Sungguh tidak adil!
Pen
diketuk di atas meja menandakan Nabila sedang berfikir.
Kosong.
Dia
sedang berfikir alasan apa yang patut diberikan kepada abangnya untuk
membolehkan dia menarik diri daripada terlibat dalam ‘projek’ itu.
Otaknya
memang sudah jammed. Lantas Nabila mencapai kunci kereta.
Zahid
yang melihat Nabila ingin keluar sempat menahannya. “Nak kemana?” soalnya.
Nabila
tersenyum sekilas. “Get some fresh air and maybe some inspiration?”
dijongketkan keningnya. Tanpa sempat Zahid berkata lagi, Nabila segera berlalu.
Kereta
dipandu tanpa hala tuju yang pasti. Hanya mengikut rasa hatinya.
Radio
dipasang supaya perjalanan tidaklah terlalu hambar. Celoteh juruhebah
sedikit-sebanyak menghilangkan stressnya.
Cuba
dilupakan dulu segala masalah yang menyesakkan fikirannya dengan menyanyikan
lagu-lagu yang diputarkan oleh juruhebah. Siapa sangka perjalan itu menjadi
perjalanan yang menenangkan?
Akhirnya
sampai ke destinasi yang tidak dirancang. Nabila sendiri tidak berapa pasti apa
nama tempatnya memandangkan dia memandu mengikut rasa hati tanpa mempedulikan
sign board. Gila? Memang gila.
Nabila
keluar dari keretanya dengan membawa buku nota dan sebatang pensel melangkah
melepasi penghadang jalan lalu duduk di situ.
Pemandangan
yang menenangkan jiwa, telahnya.
Damai
rasanya melihat kehijauan yang terbentang luas. Tidak dipedulikan bunyi kereta
yang lalu di belakangnya. Jalan itu sunyi dengan hanya beberapa buah kenderaan
yang melaluinya.
Dalam
dia menikmati pemandangan, otaknya mula memproses sesuatu.
“Got
it!” soraknya sendiri.
Nabila
tersengih sendiri.
#Sorrylah, agak pendek untuk entry kali ni. Sorry sangat-sangat sebab mase tangan ligat menaip bab ni, memang kurang inspiration ! hehe.. minta maaf sekali lagi kalau agak hambar di sini. btw, thanks sebab masih sudi membaca.
PSTTTT! Meh klik <SINI> . thanks.
Dah baca tu, tinggalkanlah komen sikit. biar lebih semangat nak update bab seterusnya! hehe
Okay last. serius ini yang terakhir *untuk entry kali ini SESIAPA (ulang suara) SESIAPA yang mempunyai account TWITTER, jom follow De ----> @dhiya_eryna mention for followback.
Hai Cik De,
ReplyDeleteFida Baru je Baca Novel awak ni...Anyway menarik ...Tapi Fida Nak kena baca dari Episod 1 dulu baru Fida akan memahami.....t Fida Baca dulu erk....
Thanks sudi baca :) take ur time jelajah blog yg x seberapa ni . hehe
Deletebest nak lagi.
ReplyDeletethanks baby mio. tunggu next updated :)
Deletebest sangat... bila nak update bab baru...update la cepat...
ReplyDeletethanks :) tunggu aje okay !
Deletenice.:)cuma kena start baca dri chap 1 ;)
ReplyDeletetakpa, take ur time untuk baca chapter 1 :)
DeleteBest ! Cepat update ! x sbr !! heheh
ReplyDeleteWow, easy there. akan di update nanti. Tunggu Tau! thanks -
Deletebest sgt!! good job..cepat update ye..x sbar nk bca next entry..
ReplyDeleteThanks Bella. In Shaa Allah kalau sempat hujung minggu ni update satu bab :)
Deleteok..sya sabar menunggu.. :)
Deletebest...update erk...hihihi..good job...
ReplyDeletehehe.. thanks :)
Deletesudah baca bab 1 sampai bab 6, memang best lah, tak sabar tunggu bab setrusnya :)
ReplyDeleteThanks a lot dear. Sudi buang masa berharga awk untuk bce sini :)
ReplyDeleteBest..Bila nak update, x sbr nk baca
ReplyDeletebest, bila bab 7 nak keluar
ReplyDeletebestnye... ble nk smbung??? xcited tunggu nih.. hehe
ReplyDeleteHi dear..cepat update ya heheh.inda sabar sudah ni, haha :)
ReplyDeleteLamanya menunggu.... ada lagi ker
ReplyDeletewaa .. bila nk update .. tak sbr nk bca :'(
ReplyDelete