Pages

Wednesday 15 January 2014

Kau Yang Kupilih 6

Bab 6


Assalamualaikum readers, Jom tolong De penuhkan tabung :) just klik >HERE< and you're done! thanks a lot guys!


Balik dengan muka cemberut. Nabila kalah lagi. Barang-barang yang dibelinya tadi di keluarkan. Kalau diikutkan hati, hatinya sudah tawar untuk memasak. Tapi dia tetap memasak kerana pagi tadi dia sudah janji dengan Alongnya untuk masak tengah hari.
Mindanya masih tidak dapat membuang wajah sinis Khairie daripada kotak fikirannya. Benci! Tidak dapat dilupakan dengan muka selamba Khairie mengambil tepung itu dan blah begitu saja. Menyakitkan hati.
Dia tahu lelaki itu sengja berbuat seperti itu untuk menyakitkan hatinya. Banyak lagi bersusun tepung jangung depan mata, orang punya jugak dirembat!
Huh, beratnya rasa tangan nak bergerak kalau hati dah tawar sangat nak masak, rungut Nabila. Cili yang diletakkan tepi sinki itu kelihatan sangat jauh walaupun sebenarnya begitu dekat.
Sedang dia berkira-kira untuk bergerak, kelibat Siti si pembantu rumah muncul. Bagus!
“Kak Siti, tolong ambilkan cili tepi singki tu…”
Siti menurut arahan seperti biasa. Walaupun dalam hati mengata jugak. Dekat pun nak suruh orang!
Puas ‘berperang’ di dapur, siap jugak nasi ayam!
“Mama, panggil yang lain, Atin nak hidang ni.”
Tidak perlu tunggu lama, seisi rumah berkumpul di ruang makan. Laju saja semuanya. Mana tidaknya, air tangan Nabila memang nombor satu. Sedangkan air tangan mama tercinta suda jatuh tergolek di tangga ke dua. Kak Fariza pula jarang memasak. Maklumlah, kena jaga putera dan puterinya, Danirah dan Darwish.
Datin Fatimah mencedok nasi untuk seisi keluarga. Memang setiap kali makan bersama, dia akan berbuat begitu. Baginya, kalau tak masak pun, asal melayan dan menghidangkan masih dia, okaylah tu. Daripada langsung tak buat apa-apa?
Nabila meletakkan ayam drumstick di pinggan Darwish. Semua orang tahu Darwish hanya akan makan ayam bahagian itu saja. Nasib baik beli tadi, telahnya.
“Mama, my drumstick is hard like a stone!”
Seisi keluarga terdiam.
Nabila tersentap. Biar betul?
Faizul pula mengigit ayamnya. Berkerut mukanya. Nabila semakin tidak percaya. Selama ini seisi rumah akan makan dengan gembira dan memuji masakannya. Tapi kali ini? Kerutan di wajah-wajah itu cukup membuatkan dia tahu Darwish benar.
“Erk, dik… abang nak cakap macam mana eh, abang tak pandai masak tapi… kenapa ayam adik ni macam…
“Overcooked?” potong Nabila.
Semua mengangguk.
“Ada lagi..” tambah Faizul.
Nabila fokus memandang abang sulunya.
“Lori garam tumpah eh? masin!”
“Do you have problems?” soal Farizah pula. Pelik. Nabila selama ini merupakan tukang masak terbaik di rumah. Semua masakannya sedap belaka. Kenapa buat pertama kalinya, menu yang selama ini hanya di hujung jari boleh jadi begini? Mesti adik iparnya itu memendam sesuatu, ulasnya.
“Tak ada apalah kak. Along, kalau tak sedap jangan paksa makan. Adik pergi beli something kat luar okay? Atau semua nak makan luar? Sounds good. Dah lama tak makan luar. Jomlah!” Nabila sudah berdiri. Dalam hati mahu dia menangis meraung. Memasak hobinya, kegemarannya. Bila dapat kritikan begitu, dia sedih.
Datuk Halim tiba-tiba bersuara. “Fatin Nabila, duduk!”
Nabila tersentak namun diturutkan juga arahan dari pemegang kuasa veto.
“Papa tak pernah ajar anak-anak papa membazir. Dah, makan apa yang ada. Jangan nak kritik aje. makan… Nabila, makan.”
Nabila tunduk menikus. Diam dan sepi. Nasi dikuisnya. Memang dia gagal. Nasi yang dikuis itu ada keras, ada lembut. Masakannya sedikit masin. Okay bukan sedikit, banyak masin. Ini mesti masa bubuh garam teringat muka mamat tu! Huh, kenapa ni? Tanpa sedar, air matanya menitis. Nasi yang memang sedikit sahaja itu dihabiskan cepat lalu menghantarnya ke dapur.
Yang lain masih senyap makan sambil memerhatikan perlakuan Nabila.


“Nabila, kau tak pernah macam ni!” marahnya sendiri. “Takkan disebabkan dia seorang, kau sampai tak boleh masak hidangan terhebat untuk mereka lagi? Habis lepas ni macam mana?”
“Padah kalau memasak dengan hati yang tidak ikhlas.” Suara seseorang menyapa gegendang telinganya. Nabila menoleh.
“Kak Fariza.”
“Atin ada something nak share?”
Nabila menggeleng. “Tak ada apa-apalah.”
“But you’re crying right? Tak ada orang menangis tanpa sebab. Orang menangis ni, ada dua sebab saja. Menangis kerana terlalu gembira atau menangis kerana terlalu sedih. And I can tell that you are crying because you actually feel the sadness deep in your heart. Don’t deny it, dear. It’s too obvious.”
“I don’t know how to start. I didn’t even know what the main problem is.”
“Cerita semuanya, I’ll hear it.”
Akhirnya Nabila menceritakan juga semuanya. Dia tahu dia boleh percayakan kakak iparnya itu. Memang kakak iparnya itu pendengar yang baik. Disebabkan itu mereka rapat sekali.
Farizah menasihati adik iparnya itu.
“Fatin tak boleh macam ni. Nampak macam lemah, senang kena buli. You know what, only you know what you really need. Pada pandangan akak, Fatin memang kena berubah. Tapi biarlah perubahan itu berbaloi. Kalau nak berubah semata-mata nak tutup mulu orang, it’s just… wasting your time dear. Hidup ni tak nikmat kalau asyik nak puaskan hati orang tanpa kita memikirkan diri sendiri. Mulut orang dik, let them talk. Puas nanti diamlah.
Fikir kan benda yang positif. Ini semua hanya dugaan hidup. Adik, kalau adik nak tahu, dugaan alam perkahwinan lagi mencabar dik. Nasihat akak, adik kenali hati adik. Jangan biarkan orang nampak kelemahan kita. Be confident. Don’t let them control your emotion. Don’t let them conquer your life. Orang macam tu, dia orang dah rasa diri perfect sangat.
Just forget it.”
Nabila seakan mendapat suntikan semangat setelah mendengar kata-kata daripada Farizah. Ya, dia harus biarkan yang berlalu. Apa yang penting, masa hadapan. Apa yang akan berlaku, itu yang harus difikirkan.
“Oh and one more, don’t cook while your heart is full with hate and anger. Kebencian dan amarah is not good to combine with nasi ayam. Terbukti, kan?”
Nabila tersenyum tawar. Dia faham itu.
“Thanks kak!” tiba-tiba dia memeluk Fariza.
Fariza terkejut. Tapi akhirnya dia membalas pelukan itu. Diusapnya belakang Nabila.

“Good morning big boss!” Nabila masuk ke dalam bilik Alongnya, Faizul. Tidak dilupakan sekotak kek cawan buat abang tersayang.
“Assalamualaikum.” Sengaja Faizul menyindir Nabila.
Nabila mencebik. Eleh, pantang ada kesempatan, mesti kenakan orang!
“Waalaikumussalam abangku sayang.” Nabila menapak mendekati Faizul dan duduk di hadapan abangnya.
“Ada apa datang pagi-pagi ni?”
“Nah.”
Faizul membuka kotak yang dihulurkan Nabila. Alhamdulillah, rezeki!
“Terima kasih adikku sayang. Beli di mana?”
Nabila mendengus. Ada pulak dikatanya beli? “Hello, I baked it myself okay!”
Faizul ketawa. “Saja usik. Bila buat? Tak nampak pun.”
Giliran Nabila pula menghamburkan tawanya. “Mana nak perasan kalau asyik mengadap tab aje kerjanya. Along, lain kali kerja pejabat settle kat pejabat aje. Don’t bring it home.”
“Yalah. Ada aje kau ni kan.”


“Hai semua! Ini ada cupcakes for everyone.” Nabila bermurah hati memberikan kepada pekerja yang berada di situ. Gembira hatinya bila melihat senyuman mereka ketika merasai sendiri air tangannya.
“Thanks Cik Bella. Sedap!” puji mereka.
Untunglah, semenjak Nabila masuk pejabat, ada saja makanan yang dikongsinya kepada pekerja satu department. Department lain gigi jari ajelah! Bukan tidak ada niat untuk memberi, tapi kalau semua nak dibagi, patah tangan nak buat sorang-sorang. Baik buka bakery. Senang.
“Untunglah siapa dapat Cik Bella ni. Tak kebulur suami kat rumah…” usik pekerja lelaki.
Nabila tersenyum saja. Untung ke?
Dalam mereka sibuk merasa kek cawan itu, Zahid datang. “Mine?” soalnya dengan muka bajet comel dan tangan yang dihulur di hadapan Nabila. Nabila ketawa kecil. Untuk Zahid?
“Mana boleh lupa! Nah. Makan sampai muntah.” Usik Nabila. kotak merah jambu itu dihulurkan kepada Zahid.
Zahid tersenyum panjang. Wah, harini cupcakes! Tanpa menunggu lagi kotak itu dibuka. Sebiji kek cawan dikeluarkan lalu tanpa mempedulikan yang lain, kek cawan itu disumbatkan ke dalam mulut. Sedapnya!
“Apa ni? Tak sedap langsung.”
Semua terdiam. Suasana sunyi.
Nabila membulatkan matanya. Biar betul? Elok aje yang lain kata sedap. Ke Zahid punya ni ‘special case’?
Melihat semua mata tertumpu ke arahnya, Zahid perlahan menayangkan sengihnya. “Gurau ajelah. Sedap. Sedap sangat. Nak jadi isteri I?” usiknya.
Semua tertawa. Nabila serta-merta bisu. hatinya terusik dengan kata-kata itu meskipun hanyalah gurauan. Kenapa?
Tanpa sepatah kata, Nabila menghilang ke biliknya.


“Stress!” keluh Nabila. Projek cawangan baru di Granville Hotel tempoh hari terlalu berat baginya yang masih ‘fresh’ dalam syarikat. Membiarkan dirinya seorang untuk berurusan dengan pihak wakil Grandville Hotel bukan sesuatu yang bagus. Sungguh tidak adil!
Pen diketuk di atas meja menandakan Nabila sedang berfikir.
Kosong.
Dia sedang berfikir alasan apa yang patut diberikan kepada abangnya untuk membolehkan dia menarik diri daripada terlibat dalam ‘projek’ itu.
Otaknya memang sudah jammed. Lantas Nabila mencapai kunci kereta.
Zahid yang melihat Nabila ingin keluar sempat menahannya. “Nak kemana?” soalnya.
Nabila tersenyum sekilas. “Get some fresh air and maybe some inspiration?” dijongketkan keningnya. Tanpa sempat Zahid berkata lagi, Nabila segera berlalu.
Kereta dipandu tanpa hala tuju yang pasti. Hanya mengikut rasa hatinya.
Radio dipasang supaya perjalanan tidaklah terlalu hambar. Celoteh juruhebah sedikit-sebanyak menghilangkan stressnya.
Cuba dilupakan dulu segala masalah yang menyesakkan fikirannya dengan menyanyikan lagu-lagu yang diputarkan oleh juruhebah. Siapa sangka perjalan itu menjadi perjalanan yang menenangkan?
Akhirnya sampai ke destinasi yang tidak dirancang. Nabila sendiri tidak berapa pasti apa nama tempatnya memandangkan dia memandu mengikut rasa hati tanpa mempedulikan sign board. Gila? Memang gila.
Nabila keluar dari keretanya dengan membawa buku nota dan sebatang pensel melangkah melepasi penghadang jalan lalu duduk di situ.
Pemandangan yang menenangkan jiwa, telahnya.
Damai rasanya melihat kehijauan yang terbentang luas. Tidak dipedulikan bunyi kereta yang lalu di belakangnya. Jalan itu sunyi dengan hanya beberapa buah kenderaan yang melaluinya.
Dalam dia menikmati pemandangan, otaknya mula memproses sesuatu.
“Got it!” soraknya sendiri.

Nabila tersengih sendiri.


#Sorrylah, agak pendek untuk entry kali ni. Sorry sangat-sangat sebab mase tangan ligat menaip bab ni, memang kurang inspiration ! hehe.. minta maaf sekali lagi kalau agak hambar di sini. btw, thanks sebab masih sudi membaca. 
PSTTTT! Meh klik <SINI> . thanks. 
Dah baca tu, tinggalkanlah komen sikit. biar lebih semangat nak update bab seterusnya! hehe
Okay last. serius ini yang terakhir *untuk entry kali ini SESIAPA (ulang suara) SESIAPA yang mempunyai account TWITTER, jom follow De ----> @dhiya_eryna mention for followback.

23 comments:

  1. Hai Cik De,
    Fida Baru je Baca Novel awak ni...Anyway menarik ...Tapi Fida Nak kena baca dari Episod 1 dulu baru Fida akan memahami.....t Fida Baca dulu erk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi baca :) take ur time jelajah blog yg x seberapa ni . hehe

      Delete
  2. best sangat... bila nak update bab baru...update la cepat...

    ReplyDelete
  3. nice.:)cuma kena start baca dri chap 1 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpa, take ur time untuk baca chapter 1 :)

      Delete
  4. Best ! Cepat update ! x sbr !! heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, easy there. akan di update nanti. Tunggu Tau! thanks -

      Delete
  5. best sgt!! good job..cepat update ye..x sbar nk bca next entry..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bella. In Shaa Allah kalau sempat hujung minggu ni update satu bab :)

      Delete
  6. best...update erk...hihihi..good job...

    ReplyDelete
  7. sudah baca bab 1 sampai bab 6, memang best lah, tak sabar tunggu bab setrusnya :)

    ReplyDelete
  8. Thanks a lot dear. Sudi buang masa berharga awk untuk bce sini :)

    ReplyDelete
  9. Best..Bila nak update, x sbr nk baca

    ReplyDelete
  10. best, bila bab 7 nak keluar

    ReplyDelete
  11. bestnye... ble nk smbung??? xcited tunggu nih.. hehe

    ReplyDelete
  12. Hi dear..cepat update ya heheh.inda sabar sudah ni, haha :)

    ReplyDelete
  13. Lamanya menunggu.... ada lagi ker

    ReplyDelete
  14. waa .. bila nk update .. tak sbr nk bca :'(

    ReplyDelete