Assalamualaikum, DE minta jasa baik you all untuk ke ---->SINI klik tau!
Thanks, anda semua banyak membantu. Okay jom baca Kau Yang Kupilih bab 4....
Sinaran mentari
menerobos dari celah langsir mengganggu tidur. Tapi mata masih terlalu berat
untuk dibuka. Tidurnya begitu selesa sehinggalah jam yang dikunci berbunyi
kuat. Kacau!
Tangannya
meraba jam di sisi katil. “Baru jam 8 kot.” Kemudian dia menyambung tidurnya.
Tiba-tiba
rasa panas semakin menjadi-jadi. Comforter yang elok membalut tubuhnya dibuka.
Panas! Tapi mata masih terkatup rapat. Tidak lama kemudian dia merasakan cahaya
matahari bukan lagi menerobos dari celah langsir, tapi direct mengenainya.
Amboi, silau!
Mata
dibuka perlahan. Lah! mama ni guna taktit kotorlah. Matikan penghawa dingin,
langsir diselak habis. Patutlah panas.
“Ma,
orang nak tidur lagi lah!”
Datin
Fatimah menggeleng laju. Dia duduk di birai katil. Tanpa amaran, tangannya
hinggap di betis gebu milik Nabila. “Bangun anak dara bertuah! Dah pukul berapa
dah ni.”
Nabila
menepis tangan Datin Fatimah yang mencubitnya. “Sakitlah. Alah, baru pukul
lapan. Orang tak kerja pun.”
Membeliak
biji mata Datin Fatimah. Tak kerja? Heys, anak aku ni amnesia ke apa?
“Fatin
Nabila! jam tu dah tunjuk lapan dah. Kamu kata tak kerja? Tak ingat ke kemarin
hari terakhir kamu ‘menikmati kebebasan’ huh? Cepat bangun nak pergi kerja.
Hari pertama dah lewa. Bertuah betul. Padanlah sangat nanti kena sembur Along
kat pejabat.” Omel Datin Fatimah.
Pantas
sepasang mata Nabila terbuka luas. Segar! “Apa ma? Biar betul? Alahai macam
mana boleh terlajak ni… aduh, mesti Along membebel nanti. Argh! Mandi….” Bagai
dikejar anjing Nabila berlari mencapai tuala dan masuk ke kamar mandi. Pintu
berdentum kuat.
Datin
Fatimah menggeleng. Ada-ada saja puterinya itu.
Usai
mandi, Nabila yang masih berkemban laju ke almari. Satu persatu pakaiannya
ditenung. Aduh, masalah! Nak pakai apa? jeans dan t-shirt memang out habis, so?
Tiada
pilihan, kena jugak pakai kemeja. Kemeja hitam diambil dan dipadankan dengan…
slek hitam dan… sneakers hitam. Okay sneakers memang tak boleh blah. Heels
memang out. Rambutnya diikat tanpa disisir terlebih dahulu. Sudah terbiasa!
I’m
done!
Laju
saja dia menuruni anak tangga. Huh, susahnya rumah tiga tingkat ni, dengusnya.
“Ma,
Atin pergi dulu!” laungnya. Bergema di segenap ruang rumah yang luas itu.
“You’re late, Fatin
Nabila.”
Nabila
mengeluh. Dia tahu dia lewat. Bukan seminit dua, hampir sejam.
“Come,
have a sit.”
Nabila
pantas melabuhkan duduknya.
“Hmmm…
lewat pada hari pertama, huh?”
Nabila
menunduk bila disindir. Tidak berani dia menentang sepasang anak mata yang
pastinya sedang menjeling tajam ke arahnya. Ketukan di pintu menghentikan
sebentar kata-kata lelaki di hadapannya.
“Encik
Faizul, saya cuma nak ingatkan. Mesyuarat bersama wakil daripada London pada pukul sepuluh nanti.”
Faizul
mengangkat wajahnya. “Anything else?”
“No.”
“Thanks
Faridah, you may leave.” Ucapnya dengan senyuman manis.
“And
you, dear sister… kenapa boleh lewat? Tahu tak ini hari pertama? Tak pernah
dibuat orang dik oi. Kalau papa tahu, habislah kau.” Nabila mencebik. Dah mula
dah, sesi membebel diaaaa…
“Orang
terlajaklah. Tak sengaja okay!”
Giliran
Faizul mencebik. Tak sengaja konon! “Bilalah nak berubah ni… anak dara bangun
lewat, tak boleh buat bini! Ni da sarapan belum?” dalam dia panas hati,
prihatin terhadap adiknya tetap teratas.
Nabila
menggeleng.
“Hmm..
dah lewat pun nak pergi sekarang. Ikut Along, kita pergi kenal-kenal dulu.”
Faizul
melangkah dengan gah, penuh karisma sementara Nabila berjalan dengan gaya
clumsy. Kontra habis! Dia perasan
mata-mata yang tidak berhenti memerhatikan Alongnya itu. Terpikat lah tu,
omelnya. Tidak dapat dinafikan, Along memang nampak macho dengan kemeja hijau
pucuk pisang dan tali leher hitam dipadankan dengan seluar hitam. Rambut
digayakan ala-ala spike. Siapa tak toleh dua kali kalau lalu?
Sementara
dia? Orang pun tak habis-habis memandang. Cuma presepsi berbeza. Tak apalah.
Nabila datang untuk bekerja, bukan sibuk mengambil tahu pandangan orang
tentangnya.
“Okay
guys, Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mungkin kamu semua sudah dengar
khabar angin tentang orang baru kan? Here she is. Fatin Nabila binti Datuk
Halim. My dear sister. Mulai hari ini dia akan menjadi orang kanan saya. Oh,
tidak dilupa, dia akan bersama-sama dengan Zahid. By the way, are you okay with
that, Zahid?” Faizul menjongketkan sebelah keningnya. Macho.
Zahid
mengangguk.
“Good.
Jangan segan nak tegur dia kalau salah okay. She a little bit… clumsy.”
Perkataan terakhir itu diperlahankan namun masih jelas di pendengaran Nabila.
Dia mencebik. Aci ke main kutuk orang? Huh!
Nabila
kemudiannya bersalam-salaman dengan rakan sepejabatnya. Semuanya melemparkan
senyuman yang… erk… fake? Mungkin sebab dia anak Datuk? Pemilik FH Restaurant
Sdn Bhd. Harap Zahid dapat menerimanya.
“Okay,
Along pergi dulu. Ada apa-apa hal, just tell Zahid. Jangan lupa sarapan!” bisik
Faizul sebelum berlalu pergi.
Dia
berjalan ke pantry. Mencari sesuatu untuk dikunyah, kalau ada? Mug dicapai
untuk membancuh milo. Kemudian Nabila menyelongkar almari kecil dan terjumpa
biskut. Alhamdulillah, ada rezeki.
Milo
dan biskut Oat crunch, okaylah tu.
“Hai,
makan tu aje?” sapa seseorang. Nabilah menoleh.
“Saya
Zahidin. Orang panggil Zahid aje. And you Fatin Nabila right? Or may I call you
Bella?” sapa Zahid.
Nabila
tersenyum manis walaupun muka kusam semacam. “Zahid… just call me mana-mana
yang awal selesa. Semua pun nama saya juga.”
Zahid
ketawa kecil. Entah apa yang lucu. Atau pretending? Entah.
“Again,
milo and oat crunch? Boleh tahan ke?” soalnya kembali.
Nabila
mengangguk. “Ini aje rezeki. Harap boleh tahanlah…”
“Why
don’t kita lunch sama-sama nanti?” Wow, boleh tahan straight Zahid ni. Direct
aje tanya.
“Sure.”
Nabila tidak pula menolak.
Tersenyum-senyum Nabila
membalas WhatsApp Marilyn. Ahh.. rindunya. Group WhatsApp itu tidak pernah
sunyi. Ada saja cerita-cerita dari mereka yang lain. Zack, meskipun sibuk,
tetap meluangkan masa untuk berbalas chat dalam group itu.
Sedang dia leka, pintu diketuk dari luar.
“Masuk.”
Zahid
masuk dengan sengihan lebar.
“Ada
apa?”
“Lunch.”
“Oh,
okay.”
Entah
kenapa Nabila senang diajak oleh Zahid. Baru hari pertama kot. Pelik juga sebab
Zahid seorang yang boleh dikategorikan macho dan mempelawanya makan tengah hari
bersama. Agak sukar diterima dek akal. Tapi, biarlah!
“So, macam mana first
day?” soal Sharmila melalui Skype.
“Okaylah
jugak. Cuma tak banyak kerjalah sebab baru masuk. Tapi banyak yang fake lah. Muak
jugak aku dengan sikap kepura-puraan staff aku. Nasib baik ada Zahid, dia
ajelah yang tak nampak pretending. Siap ajak aku lunch lagi.”
Sharmila
membuat muka pelik. Hai, kawan aku ni boleh-boleh pulak cakap pasal lelaki, apa
kes? “Hoi, mamat mana pulak tu? hensem ke?”
Mengingatkan
Zahid, Nabila tersenyum kecil.
“Hoi!
Aku tanya, bukan suruh kau berkhayal.”
Alamak!
Tertangkap pulak. “Hensem kut. Tapi aku tak pandang sangatlah. Cuma dia baik
orangnya.”
Akhirnya
senyuman nakal terbit di wajah Sharmila. “Fall in love, huh?”
Tawanya
meletus juga.
“Hey,
mana adalah. You know me well, Mila. Come on lah. Baru sehari kenal kut.”
“Yelah….eh,
kita sambung cerita kat WhatsApp lah. Aku ada kerja nak buat ni.”
“Hmm…
okay.” Balas Nabila.
Keesokan harinya,
Nabila bangun awal, tidak mahu disembur lagi oleh Along kesayangannya kerana
lewat. Lagipun, papa kata dia akan attend mesyuarat dengan company besar
berkenaan pembukaan cawangan baru.
Walaupun
sudah dipesan untuk berpakaian sehabis baik oleh mamanya, Nabila tetap begitu.
Kali ini kemeja oren menjadi pilihan. Rambutnya disanggul asal siap saja. Alah,
sanggul yang tak serupa sanggul tu. Wajahnya yang kusam itu dibiarkan tanpa
bedak mahupun solekan. Mungkin tidak pernah dibuat orang memakai baju formal
dengan sneakers tapi itulah Nabila. Daripada dia pakai sandal buka, baik pakai
kasut.
“Cik
Bella, ni dokumen berkaitan mesyuarat pukul sebelas nanti. Encik Zahid suruh
saya hantarkan. Oh ya, dia pesan tunggu di lobi then gerak sama-sama.”
Nabila
mengangguk. Dokumen itu dibelek helaian demi helaian. Segala kontrak dibaca
penuh teliti. Yalah, siapa kata syarikat besar tak main trick? Takut juga kalau
terkena. Manalah tahu, langkah berjaga-jaga saja.
Seketika,
pintu diketuk oleh seseorang.
“Masuk.”
“Cik
Bella, wakil dari pihak Granville Hotel baru saja menghubungi saya. Mereka
suruh inform dengan Cik Bella untuk datang awal sebab mesyuarat tu diawalkan.
Mesyuarat akan mula pada pukul sepuluh setengah and you have one hour left.”
Nabila
terkejut besar. What? Awal-awal lagi dah kena macam ni, habislah.
“Thanks.
Anything else?”
“No.”
“Okay,
noted. You may leave.”
Tanpa
membuang masa Nabila segera membelek fail-fail dokumen di rak itu. Sebelah tangannya lincah mendail
nombor Zahid.
“Zahid,
mesyuarat tu diawalkan and we need to get going.”
Seram juga bila
menjejakkan kaki di bangunan tinggi ini. Longgar lutut nak berjalan. Nabila
gusar kerana ini merupakan pengalaman pertamanya menghadiri mesyuarat sebegini.
Nasib baik Zahid ada. Kalau dia harus ke sini sendiri, habis.
“Awak,
saya ke toilet kejap eh?” pamitnya. Tiba-tiba rasa nak terkucil pulak.
“Nak
saya tunggu?” soal Zahid kembali.
Tunggu?
Alahai, macam boyfriend-girlfriend pulak dah. “Eh, tak payahlah. Nanti lewat,
susah pulak. Awak pergi dulu,” ucap Nabila.
Tanpa
berlengah, dia segera mencari tandas. Masuk saja di tandas, kelihatan tiga
orang pekerja wanita sedang ‘touch up’ make up sambil bergossip.
“Hey,
handsomelah bos syarikat construction tu. Tadi aku lalu depan dia, pergh!
Macho.”
“Dia
ada tegur kau tak?”
“Tegur?
Tak adalah. Tapi senyum tu ya. Melting aku tengok senyumannya. Hmmm… kalau dia
jadi boyfriend aku, sumpah tak cari lain beb!”
“Eleh
kau tu, angan-angan aje tinggi.”
Nabila
ketawa kecil mendengarnya. Selesai berhajat, dia keluar dan membasuh tangan di
singki. Ketiga-tiga pekerja yang tadi duk sibuk celoteh pasal bos handsome
memandangnya. Kemudian berbisik-bisik. Nabila memandang pantulan wajahnya dari
cermin.
Aku
tahulah aku tak secantik korang. Tak perlulah nak tengok aku ni macam kucing
kurap! Bisiknya.
“Bad
sense of fashion!” sindir mereka lalu beredar. Nabila mencebik. Kau ingat kau
cantik sangat ke? Bedak sekilo, buat apa?
Tangannya
direnjis-renjiskan sebelum mengelapnya dengan tisu. Setelah selesai, Nabila
menapak keluar. Jam di pergelangan dikerling sekilas. Alamak!
“Terima kasih semua
kerana hadir untuk mesyuarat ini. Sebelum mesyuarat bermula, saya ingin memohon
maaf kerana terpaksa mempercepat sesi mesyuarat disebabkan hal yang tak dapat
dielakkan.
“Before we start, I want to make sure all of you are
here.”
“Wait!”
Pintu
terkuak luas. Kelihatan seseorang…
It’s
her?! Oh no.
It’s
him?! Damn.
“Sorry
I’m late. Dah start?” soal Nabila tanpa riak. Dalam hati betapa dia menyumpah
lelaki yang berada di hadapannya itu. dia lagi, dia lagi. Idham Khairie. Lelaki
yang mula menjadi penggugat ketenteraman hidupnya. Lelaki yang bermulut
longkang. Tidak pernah tidak menghinanya. Sentiasa menuturkan setiap
kekurangannya. Kenapa makhluk ni ada di sini?
Habislah
kau, Nabila.
“No.
Baru nak mula. Have a seat.” Wakil Granville Hotel itu tersenyum memandang
Nabila.
Nabila
segera mengambil tempat di sebelah Zahid. Persoalan maha besar bermain dalam
otaknya. Apa lelaki tu buat kat sini?
“Okay, semua dah ada so kita boleh mula
sekarang.”
Nabila keluar dari
bilik mesyuarat dengan muka yang masam mencuka. Boleh dia tidak tahu menahu
yang Idham Khairie merupakan pemilik Hariz Construct? Hariz Construct merupakan
syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan Granville Hotel. FH Restaurant
pula akan membuka cawangan baru di dalam bangunan itu. Agak lambat otaknya
mencerna semua itu. Maklumlah, kontrak pun baru baca pagi tadi.
best 3 ....
ReplyDeletesambung cepat skit k?!
tak sbr nk tunggu next n3...!
-illy-
Thanks :) inshaaAllah.
DeleteMenarik...Cepat-cepat sambung lagi...
ReplyDeleteMenarik ? alhamdulillah. Thanks :) tunggu update akan datang k.
DeleteBEST NAK LAGI.
ReplyDeleteThanks :) tunggu k.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete