Pages

Sunday 17 November 2013

Kau Yang Kupilih 1

Bab 1



“Manalah Si Atin ni. Naik lenguh kaki aku menunggu. Dahlah tak ade tempat duduk, berdiri macam patung depan mall tunggu dia,” bebel Sharmila seorang. Dia sedang menanti kelibat sahabat baiknya yang satu itu. Tunggu punya tunggu tak pandai nak tunjuk muka. Nak kata jalan jammed? Tak jugak. Bersiap? Oh, itu paling mustahil! Sedangkan nak bezakan maskara dengan eye shadow pun tak pass, inikan nak berlama-lama make-up? So not her!
Dalam Sharmila sibuk bermonolog, kelibat seorang gadis bert-shirt hitam lengan pendek dengan jeans menghampiri. Tak payah cakap dah tahu siapa!
Akhirnya yang dinanti telah tiba.
“Atin, kenapa pakai macam ni?” soal Sharmila tanpa berselindung. Alah, buat apa nak cakap berlapik sangat sedangkan kawannya itu tidak pernah ambil hati?
“Malas.”
Sudah dapat diagak jawapan itu. bertanya sekadar permbuka bicara saja.
Sharmila mengeluh. “Bilalah kau nak berubah Atin… tak takut ke…” kata-katanya terhenti. Eh bukan, dipotong.
“Beb! Aku nampak takoyaki… jomlah aku lapar giloss dari tadi.”
Sharmila menjeling geram. Tengok tu! orang bercakap hal dia, dia sibuk hal makan. Sabarkan saja…
“Aku nak ke tandas jap. Kau order dululah makanan kau tu,” ucap Sharmila kepada Nabila.
Nabila berjalan riang ala-ala budak tadika menghampiri gerai takoyaki itu.
Gedebuk!
“Aduh!”
“Hoi, kau jalan tu pakai mata sikit boleh tak? Ni main redah aje. ingat jalan ni bapak kau punya? Kau tengok apa kau dah buat? Tengok!” tengking si jejaka. Menikus kedua sahabat itu bila ditengking. Malu segunung orang ramai dok sibuk memerhati.
“Sorry.”
“Sorry bapak engkau! Spoil mood aku tengok muka kau ni. Dahlah selekeh, muka kusam! Berjerawat! Minyak jangan cakap, berliter-liter entah kau sapu kat muka! Hapak!” tengkingnya lagi.
Aikk, main kasar nampak? Nak marah tu, marah ajelah. Ni siap nak sebut satu persatu kat muka ni apa kes? Kau ingat kau lawa sangat?
Tiba-tiba telefon Nabila berdering. Dia segera menjawab.
“Waalaikumussalam. Hmm.. Atin kat mall dengan kawan. Aha. Okay see you at home.” Talian dimatikan.
 “Atin? Ngam sangat. Namapun kampung!”
Wah, main kasar nampak? Nama aku pun sakitkan kau ke?
“Bapak kau tak ajar ke jalan tu guna mata?” sambungnya lagi.
Nampaknya sesi mengutuk ni akan berhenti setelah…
“Amboi brader, mulut tu sumpah macam Mak Joyah. Ingat hensem sangat? Macho sangat ke nak marah orang macam saya baru bunuh mak awak. Ni dari tadi main sebut bapak orang, awak tu tak ada bapak kat rumah ke nak disebutkan? Bahasa tu jaga sikit. Baru langgar sikit nak sentap, jambu sangat!” Ambik kau! bila Fatin Nabila sudah membalas.
Membahang wajah jejaka itu menahan marah? Malu? Kedua-duanya. Nasiblah, nak sangat tengking tadi, kan?
“Kau….” tangannya sudah mengepal penumbuk.
Ha, tumbuklah. Biar semua orang nampak betapa baculnya kau.
“Huh!” dengusnya. Tangan yang mengepal penumbuk itu diturunkan. “Jangan tayang muka kau depan aku lagi!” sambungnya sebelum berlalu.
Nabila terkebil-kebil melihat jejaka itu berlalu. Aikk, macam tu saja? Ingatkan ada pertumpahan darah, getus Nabila.
Tidak lama selepas lelaki itu beredar, Sharmila muncul dari arah tandas.
Mereka berdua meneruskan perjalanan dalam misi mencari gadget baru. Sebenarnya yang mencari seorang saja, seorang lagi dok meneman. Sharmila memasang muka bosannya. Sahabat satu ni, asyik gadget saja. Tak bosan ke?
Sengihan di bibir Nabila sudah melebar. Dah jumpa lah tu.
Dalam masa yang sama, Sharmila terpandangan tag berona kuning. Langkahnya dihayun mendekati tag itu tanpa sedar dia meninggalkan Nabila yang sudah hanyut di dunia gadgetnya.
SALE
Sharmila sudah menjerit-jerit di dalam hati. Semakin didekatinya, kelihatan tag bergantung 50%, 70%, wah nikmat!


Nabila yang sedang membelek model iPhone terbaru itu perasan seperti sesuatu hilang. Ops, bukan sesuatu, seseorang. Dicarinya kelibat Sharmila tapi tidak jumpa. iPhone5 yang berada dalam genggamannya diletakkan kembali sebelum melangkah keluar. Ni tiada tempat lain, desisnya.  Dalam dia sibuk memerhati, tag yang bertulis SALE menjadi perhatian. Bingo!
            “Mila!” sergahnya.
“Oh mak kau!” lah, melatah rupanya Si Sharmila ni. “Atin, janganlah sergah macam itu… kecut jantung aku tau. Eh, tengok ni. Cantik tak? Cantik.”
Nabila ketawa kecil. “Hey nenek, kau tanya aku, jawab sendiri. Baik tak payah tanya. Ni, cepatlah aku tunggu. Lepas tu pergi sana. Nasib baik model iPhone tu masih ada. Tapi tinggal satu, cepat sikit okay!” gesa Nabila.
Fatin Nabila dan Wan Sharmila memang sahabat baik. Banyak perbezaan tapi banyak juga persamaan. Yang paling ketara, seorang kaki fesyen, seorang kaki gadget. Kata orang, mereka tidak sepadan. Yalah, satu nampak vogue satu lagi nerd.
Sharmila pandai bergaya. Lihat saja pakaiannya, dress paras lutut, rambut diwarnakan sedikit perang, berkasut tumit tinggi, handbag berjenama, memang retis! Nabila? Rambut serabai, entah shampoo entah tidak. Baju? Boleh hafal dah, kalau bukan t-shirt, kemeja kotak-kotak. Jeans jangan dilupa. Biarlah lusuh sekalipun, tetap disarungnya. Beg sandang gaya budak sekolah, padahal umur dah 25 tahun.
Memang sejak zaman persekolahan lagi orang selalu membandingkan, mempertikaian persahabatan mereka. Salahkah yang nerd berkawan dengan hottie? Sedangkan Sharmila tidak kisah, kenapa yang lain sibuk nak kisah? Jawapannya senang saja.
Mulut orang.
Bagi mereka, biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu hati budi itu hanya mereka. Penampilan tidak menjadi masalah sebenarnya. Cuma yalah, sebagai sahabat, Sharmila sering menasihati Nabila. Cuma dia saja yang tak makan saman.
“Dah siap, tuan puteri?” soal Nabila. Fuhh, boleh tahan Si Mila ni. Beg penuh kiri kanan, tak takut jatuh ke? Gile kau.
Sharmila tidak habis lagi dengan senyum lebarnya. Dapat shopping barang branded, lepas tu ada sale, memang puas hati! “Dah, jomlah. Nanti iPhone kesayangan kau tu dirembat orang, susah pulak.”


“Apa?! seriously? Baru sekejap saya tinggal dah ada orang beli?” kusut! Pening kepala Nabila. Lama sangatkah dia teman Sharmila tadi? rasanya tak adalah lama sangat. Lagipun kedai berdepan saja, Cuma jaraknya jauh sedikit. Tak perasan pulak ada orang dah rembat iPhone yang tinggal satu itu. Dahlah baru keluar, memang susahlah nak dapat.
“Ya cik. Baru aje tadi. Ha, tu orangnya! Yang pakai baju putih, tu…” memuncung bibir pekerja itu. Nabila melilau mencari kelibat orang yang dimaksudkan.
Eh, macam kenal.
Tak mungkin. No way.
Tiba-tiba lelaki itu berpatah-balik. “It’s him!” teriaknya.
“Atin, jom cau.” Ajak Sharmila. Risau dia melihat Nabila.
Nabila masih membatu. Kenapa sampai terjumpa lagi? Hatinya mendengus.
Sharmila sudah cemas. Lelaki itu semakin menghampiri. Mungkin ada barang yang tertinggal, telahnya. Nabila dilihatnya masih kaku berdiri.
“Atin, kita pergi tempat lainlah… kan banyak lagi tempat kita belum pergi. Takkanlah kat sini aje yang ada benda tu. Alah, jomlah. Bukan rezeki kau agaknya…” pujuk Sharmila. Dalam hati dia rasa sedikit bersalah. Kalau tidak dia terlalu lama memilih skirt tadi, tak adanya Nabila membatu dengan mata yang tajam menikam seperti sekarang.
“Mila, kau pergi ambilkan takoyaki aku. Nah duit, bayarkan sekali. Pergi, cepat!” arah Nabila.
“Dia memang saja cari gaduh!” dengus Nabila. Baginya, lelaki itu memang sengaja sakitkan hatinya.
“Excuse me, I think ada tertinggal glasses tadi. You nampak tak?” soalnya dengan senyuman menawan. Hurm, senyuman playboy.
Kelihatan tiga orang pekerja perempuan sibuk berebut kaca mata hitam untuk dikembalikan kepada si pemilik. Dalam mereka berebut, kaca mata itu terjatuh. Masing-masing meminta maaf. Si jejaka masih ‘cool’ seperti tadi. Pelik, tidak pula ditengkingnya. Mungkin perempuan dahi licin, nak tayang macho lah tu!
“Tak apa.” Dia membongkokkan badannya untuk mengutip kaca mata yang jatuh namun ada kaki yang bersarung sneakers biru dengan sengaja menolak kaca mata itu lebih jauh. Jejaka itu kelihatan berang dan segera berdiri.


“Kau lagi, kau lagi. Lagi-lagi kau!”
Nabila pula masih seperti tadi. senyumannya sinis. Dialah yang menolak kaca mata itu dengan kakinya tadi. tak beradab? Memang. Tapi haruskah dia beradab dengan manusia yang memang tidak beradab di hadapannya itu?
Tidak.
“Kau tak puas hati lagi? Aku dah cakap jangan tayang muka buruk kau depan aku, kau ni pekak ke?!” tengkingnya. Panas membara hati melihat gadis selekeh itu tidak beriak sedikitpun.
Nabilah akhirnya bersuara. “Awak saja beli iPhone tu sebab nak balas dendam kan? Hey, saya dah reserve iPhone tu tadi, tahu!” balas Nabila.
Pecah tawa si jejaka mendengarnya. “Hoi macik, betul ke kau reserve? Sebab aku tanya tadi elok aje amoi ni cakap tak ada orang reserve.”
Panas telinga mendengar sindiran. Nabila mengepal penumbuk.
 “Suka buat cerita. Tak reserve cakap dah reserve. Dahlah, malas aku nak layan kau ni. Buat jatuh air muka aku bercakap dengan perempuan tak serupa perempuan macam kau ni.”
Amboi! Sedapnya kutuk. Nak check ke aku ni perempuan ke tidak? Omel hati Nabila.
“Cuba kau balik rumah belajar fesyen sikit.” Sidirnya. Semakin geram Nabila dibuatnya.
Tidak lama selepas itu Sharmila muncul lagi. “Nah takoyaki kau. Banyak orang tadi beb! Kau untung ada kawan macam aku ni pandai main selit-selit. By the way, macam mana iPhone kau? hado ke idok?” soalnya.

Nabila hanya mencebik. Soalan Sharmila tidak berjawab.

7 comments:

  1. Nice try! Harap dapat update lagi. Hope to see more from you soon :) Jemputlah ke blog saya juga ye? http://ladyshazee.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Shazee ! harap kalau ada kurangnya, komenlah.

      Delete
  2. Terusan... Jangan berputus asa.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah De akan teruskan. thanks atas dorongan :)

      Delete
  3. Cara penceritaan sudah menarik hati saya untuk terus membaca karya Dhiya Eryna...Teruskan menulis...Senang-senang...jemput singgat di laman saya juga...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? thanks :) alhamdulillah... first attempt .

      Delete
  4. dasyhat betul si lelaki tu..seronok baca..nak sambung part seterusnya.teruskan usaha! ^^

    ReplyDelete