“Manalah Si Atin ni.
Naik lenguh kaki aku menunggu. Dahlah tak ade tempat duduk, berdiri macam
patung depan mall tunggu dia,” bebel Sharmila seorang. Dia sedang menanti
kelibat sahabat baiknya yang satu itu. Tunggu punya tunggu tak pandai nak
tunjuk muka. Nak kata jalan jammed? Tak jugak. Bersiap? Oh, itu paling mustahil!
Sedangkan nak bezakan maskara dengan eye shadow pun tak pass, inikan nak
berlama-lama make-up? So not her!
Dalam
Sharmila sibuk bermonolog, kelibat seorang gadis bert-shirt hitam lengan pendek
dengan jeans menghampiri. Tak payah cakap dah tahu siapa!
Akhirnya
yang dinanti telah tiba.
“Atin,
kenapa pakai macam ni?” soal Sharmila tanpa berselindung. Alah, buat apa nak
cakap berlapik sangat sedangkan kawannya itu tidak pernah ambil hati?
“Malas.”
Sudah
dapat diagak jawapan itu. bertanya sekadar permbuka bicara saja.
Sharmila
mengeluh. “Bilalah kau nak berubah Atin… tak takut ke…” kata-katanya terhenti.
Eh bukan, dipotong.
“Beb!
Aku nampak takoyaki… jomlah aku lapar giloss dari tadi.”
Sharmila
menjeling geram. Tengok tu! orang bercakap hal dia, dia sibuk hal makan.
Sabarkan saja…
“Aku
nak ke tandas jap. Kau order dululah makanan kau tu,” ucap Sharmila kepada
Nabila.
Nabila
berjalan riang ala-ala budak tadika menghampiri gerai takoyaki itu.
Gedebuk!
“Aduh!”
“Hoi,
kau jalan tu pakai mata sikit boleh tak? Ni main redah aje. ingat jalan ni
bapak kau punya? Kau tengok apa kau dah buat? Tengok!” tengking si jejaka.
Menikus kedua sahabat itu bila ditengking. Malu segunung orang ramai dok sibuk
memerhati.
“Sorry.”
“Sorry
bapak engkau! Spoil mood aku tengok muka kau ni. Dahlah selekeh, muka kusam!
Berjerawat! Minyak jangan cakap, berliter-liter entah kau sapu kat muka!
Hapak!” tengkingnya lagi.
Aikk,
main kasar nampak? Nak marah tu, marah ajelah. Ni siap nak sebut satu persatu
kat muka ni apa kes? Kau ingat kau lawa sangat?
Tiba-tiba
telefon Nabila berdering. Dia segera menjawab.
“Waalaikumussalam.
Hmm.. Atin kat mall dengan kawan. Aha. Okay see you at home.” Talian dimatikan.
“Atin? Ngam sangat. Namapun kampung!”
Wah,
main kasar nampak? Nama aku pun sakitkan kau ke?
“Bapak
kau tak ajar ke jalan tu guna mata?” sambungnya lagi.
Nampaknya
sesi mengutuk ni akan berhenti setelah…
“Amboi
brader, mulut tu sumpah macam Mak Joyah. Ingat hensem sangat? Macho sangat ke
nak marah orang macam saya baru bunuh mak awak. Ni dari tadi main sebut bapak
orang, awak tu tak ada bapak kat rumah ke nak disebutkan? Bahasa tu jaga sikit.
Baru langgar sikit nak sentap, jambu sangat!” Ambik kau! bila Fatin Nabila
sudah membalas.
Membahang
wajah jejaka itu menahan marah? Malu? Kedua-duanya. Nasiblah, nak sangat
tengking tadi, kan?
“Kau….”
tangannya sudah mengepal penumbuk.
Ha,
tumbuklah. Biar semua orang nampak betapa baculnya kau.
“Huh!”
dengusnya. Tangan yang mengepal penumbuk itu diturunkan. “Jangan tayang muka
kau depan aku lagi!” sambungnya sebelum berlalu.
Nabila
terkebil-kebil melihat jejaka itu berlalu. Aikk, macam tu saja? Ingatkan ada
pertumpahan darah, getus Nabila.
Tidak
lama selepas lelaki itu beredar, Sharmila muncul dari arah tandas.
Mereka
berdua meneruskan perjalanan dalam misi mencari gadget baru. Sebenarnya yang
mencari seorang saja, seorang lagi dok meneman. Sharmila memasang muka
bosannya. Sahabat satu ni, asyik gadget saja. Tak bosan ke?
Sengihan
di bibir Nabila sudah melebar. Dah jumpa lah tu.
Dalam
masa yang sama, Sharmila terpandangan tag berona kuning. Langkahnya dihayun
mendekati tag itu tanpa sedar dia meninggalkan Nabila yang sudah hanyut di
dunia gadgetnya.
SALE
Sharmila
sudah menjerit-jerit di dalam hati. Semakin didekatinya, kelihatan tag
bergantung 50%, 70%, wah nikmat!
Nabila yang sedang
membelek model iPhone terbaru itu perasan seperti sesuatu hilang. Ops, bukan
sesuatu, seseorang. Dicarinya kelibat Sharmila tapi tidak jumpa. iPhone5 yang
berada dalam genggamannya diletakkan kembali sebelum melangkah keluar. Ni tiada
tempat lain, desisnya. Dalam dia sibuk
memerhati, tag yang bertulis SALE menjadi perhatian. Bingo!
“Mila!” sergahnya.
“Oh
mak kau!” lah, melatah rupanya Si Sharmila ni. “Atin, janganlah sergah macam
itu… kecut jantung aku tau. Eh, tengok ni. Cantik tak? Cantik.”
Nabila
ketawa kecil. “Hey nenek, kau tanya aku, jawab sendiri. Baik tak payah tanya.
Ni, cepatlah aku tunggu. Lepas tu pergi sana. Nasib baik model iPhone tu masih
ada. Tapi tinggal satu, cepat sikit okay!” gesa Nabila.
Fatin
Nabila dan Wan Sharmila memang sahabat baik. Banyak perbezaan tapi banyak juga
persamaan. Yang paling ketara, seorang kaki fesyen, seorang kaki gadget. Kata
orang, mereka tidak sepadan. Yalah, satu nampak vogue satu lagi nerd.
Sharmila
pandai bergaya. Lihat saja pakaiannya, dress paras lutut, rambut diwarnakan
sedikit perang, berkasut tumit tinggi, handbag berjenama, memang retis! Nabila?
Rambut serabai, entah shampoo entah tidak. Baju? Boleh hafal dah, kalau bukan
t-shirt, kemeja kotak-kotak. Jeans jangan dilupa. Biarlah lusuh sekalipun,
tetap disarungnya. Beg sandang gaya budak sekolah, padahal umur dah 25 tahun.
Memang
sejak zaman persekolahan lagi orang selalu membandingkan, mempertikaian
persahabatan mereka. Salahkah yang nerd berkawan dengan hottie? Sedangkan
Sharmila tidak kisah, kenapa yang lain sibuk nak kisah? Jawapannya senang saja.
Mulut
orang.
Bagi
mereka, biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu hati budi itu hanya mereka.
Penampilan tidak menjadi masalah sebenarnya. Cuma yalah, sebagai sahabat, Sharmila
sering menasihati Nabila. Cuma dia saja yang tak makan saman.
“Dah
siap, tuan puteri?” soal Nabila. Fuhh, boleh tahan Si Mila ni. Beg penuh kiri
kanan, tak takut jatuh ke? Gile kau.
Sharmila
tidak habis lagi dengan senyum lebarnya. Dapat shopping barang branded, lepas
tu ada sale, memang puas hati! “Dah, jomlah. Nanti iPhone kesayangan kau tu
dirembat orang, susah pulak.”
“Apa?! seriously? Baru
sekejap saya tinggal dah ada orang beli?” kusut! Pening kepala Nabila. Lama
sangatkah dia teman Sharmila tadi? rasanya tak adalah lama sangat. Lagipun
kedai berdepan saja, Cuma jaraknya jauh sedikit. Tak perasan pulak ada orang
dah rembat iPhone yang tinggal satu itu. Dahlah baru keluar, memang susahlah
nak dapat.
“Ya
cik. Baru aje tadi. Ha, tu orangnya! Yang pakai baju putih, tu…” memuncung
bibir pekerja itu. Nabila melilau mencari kelibat orang yang dimaksudkan.
Eh,
macam kenal.
Tak
mungkin. No way.
Tiba-tiba
lelaki itu berpatah-balik. “It’s him!” teriaknya.
“Atin,
jom cau.” Ajak Sharmila. Risau dia melihat Nabila.
Nabila
masih membatu. Kenapa sampai terjumpa lagi? Hatinya mendengus.
Sharmila
sudah cemas. Lelaki itu semakin menghampiri. Mungkin ada barang yang
tertinggal, telahnya. Nabila dilihatnya masih kaku berdiri.
“Atin,
kita pergi tempat lainlah… kan banyak lagi tempat kita belum pergi. Takkanlah
kat sini aje yang ada benda tu. Alah, jomlah. Bukan rezeki kau agaknya…” pujuk
Sharmila. Dalam hati dia rasa sedikit bersalah. Kalau tidak dia terlalu lama
memilih skirt tadi, tak adanya Nabila membatu dengan mata yang tajam menikam
seperti sekarang.
“Mila,
kau pergi ambilkan takoyaki aku. Nah duit, bayarkan sekali. Pergi, cepat!” arah
Nabila.
“Dia
memang saja cari gaduh!” dengus Nabila. Baginya, lelaki itu memang sengaja
sakitkan hatinya.
“Excuse
me, I think ada tertinggal glasses tadi. You nampak tak?” soalnya dengan
senyuman menawan. Hurm, senyuman playboy.
Kelihatan
tiga orang pekerja perempuan sibuk berebut kaca mata hitam untuk dikembalikan
kepada si pemilik. Dalam mereka berebut, kaca mata itu terjatuh. Masing-masing
meminta maaf. Si jejaka masih ‘cool’ seperti tadi. Pelik, tidak pula
ditengkingnya. Mungkin perempuan dahi licin, nak tayang macho lah tu!
“Tak
apa.” Dia membongkokkan badannya untuk mengutip kaca mata yang jatuh namun ada
kaki yang bersarung sneakers biru dengan sengaja menolak kaca mata itu lebih
jauh. Jejaka itu kelihatan berang dan segera berdiri.
“Kau lagi, kau lagi.
Lagi-lagi kau!”
Nabila
pula masih seperti tadi. senyumannya sinis. Dialah yang menolak kaca mata itu
dengan kakinya tadi. tak beradab? Memang. Tapi haruskah dia beradab dengan
manusia yang memang tidak beradab di hadapannya itu?
Tidak.
“Kau
tak puas hati lagi? Aku dah cakap jangan tayang muka buruk kau depan aku, kau
ni pekak ke?!” tengkingnya. Panas membara hati melihat gadis selekeh itu tidak
beriak sedikitpun.
Nabilah
akhirnya bersuara. “Awak saja beli iPhone tu sebab nak balas dendam kan? Hey,
saya dah reserve iPhone tu tadi, tahu!” balas Nabila.
Pecah
tawa si jejaka mendengarnya. “Hoi macik, betul ke kau reserve? Sebab aku tanya
tadi elok aje amoi ni cakap tak ada orang reserve.”
Panas
telinga mendengar sindiran. Nabila mengepal penumbuk.
“Suka buat cerita. Tak reserve cakap dah
reserve. Dahlah, malas aku nak layan kau ni. Buat jatuh air muka aku bercakap
dengan perempuan tak serupa perempuan macam kau ni.”
Amboi!
Sedapnya kutuk. Nak check ke aku ni perempuan ke tidak? Omel hati Nabila.
“Cuba
kau balik rumah belajar fesyen sikit.” Sidirnya. Semakin geram Nabila
dibuatnya.
Tidak
lama selepas itu Sharmila muncul lagi. “Nah takoyaki kau. Banyak orang tadi
beb! Kau untung ada kawan macam aku ni pandai main selit-selit. By the way,
macam mana iPhone kau? hado ke idok?” soalnya.
Nabila
hanya mencebik. Soalan Sharmila tidak berjawab.
Nice try! Harap dapat update lagi. Hope to see more from you soon :) Jemputlah ke blog saya juga ye? http://ladyshazee.blogspot.com/
ReplyDeleteThanks Shazee ! harap kalau ada kurangnya, komenlah.
DeleteTerusan... Jangan berputus asa.. :-)
ReplyDeleteInshaaAllah De akan teruskan. thanks atas dorongan :)
DeleteCara penceritaan sudah menarik hati saya untuk terus membaca karya Dhiya Eryna...Teruskan menulis...Senang-senang...jemput singgat di laman saya juga...terima kasih...
ReplyDeleteReally? thanks :) alhamdulillah... first attempt .
Deletedasyhat betul si lelaki tu..seronok baca..nak sambung part seterusnya.teruskan usaha! ^^
ReplyDelete