Pages

Thursday 21 November 2013

Kau Yang Kupilih 2

Bab 2



Nabila duduk di taman belakang rumah, sambil membelek iPhone barunya. Berkenaan gadget baru itu, teringat pula kisah pergaduhan dengan mamat bajet hot yang bukan sekali, tapi dua kali.
            “Spoil mood aku!” renggusnya.
Lincah tangannya berbalas WhatsApp dengan Sharmila. Ada saja yang mereka bualkan. Seketika, jarinya menyentuh ikon twitter. Dah lama tak check…  banyak juga update cerita kawan-kawan satu universiti dulu. Berdasarkan tweet-tweet mereka, Nabila tahu perangai semuanya masih macam dulu. Gila-gila, random.
Tiba-tiba ingatannya terkenangkan peristiwa manis mereka bersama ketika belajar di Victoria University of Wellinton. Apa tidaknya, dia digelar ‘chef’ dalam kalangan mereka. Malah sahabat dari sana juga menggemari hasil air tangannya! Bangga okay.
Nabila sedang berfikir sejenak. Menu apa nak masak? Sedang dia leka berfikir, Sharmila datang menegur.
“Hoi! Fikir nak masak apa?”
Nabila mengangguk.
“Lasagna?”
“Dah buat minggu lalu…”
“Masak yang heavy sikit okay kut. Erm… hah! Nasi kandar?!”
Nabila menggeleng lagi. “Baru tiga hari yang lepas, kan? Lupa lah tu.”
Sharmila mengambil tempat di sebelah Nabila. Mereka sama-sama buntuh, sama-sama berfikir.
Zaki menggeleng kepala melihat dua sahabat di hadapannya itu.
“Masak nasi briyani lah…” ujarnya. Terkejut Nabila dan Sharmila dibuatnya.
“Bagus jugak tu… erm, macam biasa, kau beli barang okay! Aku malas nak jalan waktu-waktu macam ni. Oh, jangan lupa beli tu biar lebih. Ingat nak ajak Rachel, Sam, Alex and bebudak yang lain. ramai-ramai baru best!” ucap Nabila dengan senyuman melebar.


“How delicious, Bell!” puji Rachel, gadis berambut blonde, asalnya dari America.
Nabila tersenyum manis ketika dipuji.
“It’s marvelous Bella. You never disappoint us. Every dish that you cooked was delicious. This… urm.. What’s the name again?” Alex menyampuk. Si jejaka warga tempatan New Zealand.
Sharmila pula menyampuk. “This is nasi briyani!”
“Oh, this Nay-si bery-yani is the best!” ujarnya dalam pelat. Semua yang lain ketawa mendengarnya. Biasalah, bukan lidah melayu, memang susah nak sebut!
Mereka makan dan berbual bersama. Sungguh meriah. Dan Nabila… dia sangat rindukan saat itu.
Sudah lima bulan dia kembali ke tanah air. Hanya dia saja yang belum bekerja. Sharmila kini sudah bekerja di syarikat milik keluarganya. Zaki a.k.a Zack pula sudah menjadi CEO berjaya. Dia? Entahlah… bukan tiada offer, penyakit malasnya sudah kronik.


“Jauh termenung? Fikir buah hati ke?” Nabila menoleh.
“Mama…”
“Anak mama ni kenapa duduk termenung aje kat sini? Dah ada buah hati nak dimenungkan ke? Alhamdulillah… ada jugak yang nak dengan anak mama ni, kan?” sempat Puan Sri Fatimah menyeloroh anak gadisnya itu.
Nabila memuncung. “Perli lah tu.”
Puan Sri Fatimah menggosok lembut belakang anaknya. Lah, merajuk ke? Tadi main-main ajelah! “Alolo anak mama ni. Tak padan dengan umur, nak merajuk. Ni dapat phone baru pun, nak merajuk ke? Tak apa, mama tau macam mana nak pujuk. Nanti papa beli sekali gedung iPhone bagi kat Atin, okay?”
Nabila mencebik pula. Suka sangat peril! “Mama!”
“Alah.. mama gurau ajelah. Ni kenapa duduk sorang-sorang ni? Dah macam patah hati mama tengok.”
“Tak ada apa lah ma. Saja, nak cari ketenangan.”
“Ha, baguslah tu. bertenanglah puas-puas. Lusa nak masuk kerja dah. Along dah bising-bising kata kamu ni tak nak kerja dengan dia.”
Nabila tersengih. Along…
“Ha, kau bila nak masuk kerja ni dik?”
Terkejut Nabila dibuatnya. Baru aje sebut, dah muncul. Habislah kena bebel!
“Kejaplah brader. Wa mau chill dulu ma. Kasi wa rehat cukup dulu la,” poyo nada Nabila. Kepalanya ditunjal lembut.
“Kau jangan nak poyo sangat. Lusa masuk kerja. Kesian papa, bagilah papa tu rehat. Asyik kau aje nak cuti. Dah berbulan kau cuti, tak cukup lagi? Aku tengok kawan kau Si Mila tu dah kerja. Kau aje yang masih duduk rumah santai-santai macma sekarang ni. Pemalas.”
Puan Sri Fatimah menggeleng kepala lalu menegur kelakuan anak sulungnya itu. “Along, tak baik buat macam tu kat adik sendiri. Kepala tu, sensitive tau. Dah, pegi masuk dalam. Mandi. Balik dari kerja bukan reti nak mandi.”
Nabila seperti biasa mengangkat tangan mengisyaratkan thumbs up. Siap jelir lidah pulak tu. Tak padan dengan anak dara!


Hari ini hari terakhir dia menikmati kebebasan kerana esok dia sudah mula bekerja.
Kerja, huh?
Malasnya! Hatinya mengeluh.
Nak hangout, Sharmila outstation. Zack? Dah nama CEO, sibuk memanjang. Siapa lagi eh… kalaulah Rachel ada, best jugak. Terhibur jugak dengan lagak spontan minah seorang tu.
Setelah lama berfikir, akhirnya Nabila mengambil keputusan keluar berjalan-jalan sendiri. Mungkin pergi tengok wayang? Tawaf mall? Tapi tidak untuk shopping! Jerit hatinya. Nabila dan shopping bukan kombinasi yang baik. Silap haribulan, boleh jadi fashion disaster.
Seperti biasa, t-shirt ungu gelap yang dua kali ganda saiz badan disarungnya. Jeans pemberian mama tempoh hari menjadi pilihan. Rambut? Diikatnya begitu saja tanpa disikat terlebih dahulu. Beg sandang! Jangan ditinggalkan. Biarpun sudah lusuh, digunakan berkurun lamanya, dia tidak kisah. Maklumlah, ada sentimental value di situ. Akhir sekali, sneaker kuning menyerlah disarungkan di kakinya.
I’m done! Bisik hatinya.
Kunci kereta dilambung-lambung sambil kaki melangkah ke pintu rumah.
“Nak ke mana?” soal Puan Sri Fatimah.
“Keluar jap ma. Nak merasakan nikmat kebebasan terakhir sebelum kena dera Along esok.” Selamba saja jawabnya lalu terus keluar.
Puan Sri Fatimah menggelengkan kepala. Ada saja tingkahnya!


Usai membeli tiket wayang, dia memutuskan untuk mengisi perut yang kosong terlebih dahulu. Sebuah restoran yang menghidangkan masakan melayu menjadi pilihan. Tekak rasa nak makan sweet sour chicken. Nak masak di rumah, malas pula. Alah, sekali-sekala makan masakan orang… telahnya.
Menu diperhatikan lama. Bingung pula jadinya bila dah banyak pilihan terbentang. Setelah lama berfikir, akhirnya Nabila membuat keputusan.
“Erm, bagi nasi putih, ayam masam manis ni, sayur kangkung tumis dengan hah, buah tembikai sepotong. Minum, bandung cincau.”
Pelayan itu khusyuk menulis pesanan Nabila dan berlalu pergi.
Bosannya.
Nabila memerhati sekeliling. Khusyuknya makan, sedap sangat ke? Kemudian dia memerhatikan sepasang kekasih yang duduk tidak jauh darinya. Wah, mesra nampak! Main cuit-cuit, suap-suap… sedap aje makan ayam sweet sour tu. Mungkin memang sedap pun.
Matanya meliar pula ke sudut hujung. Seorang mamat pakai spek besar, rambut belah tepi. Ingatkan aku aje yang skema, ada orang lagi teruk skemanya dari aku lah! lelaki itu kelihatan sedikit misteri. Asyik tertunduk-tunduk entah apa-apa. tak penat ke kepala asyik tunduk?
Astaghfirullahalazim, Fatin Nabila… orang tunduk pun sakitkan kau ke?
Tidak lama kemudian, pelayan datang membawa makanan yang dipesannya tadi. Akhirnya, sampai jua.
Macam tak sempat nak baca bismillah, terus ngap. Dikunyah-kunyah sampai lunyai, terasa tekak susah nak telan. Apa kes?
Huh, ingat sedap sangat! Hampeh. Ayam keras aje. Ini masak masam manis ke masak merah? Pedas semacam. Sayur kangkung ni? Masin! Lantas air bandung dicapainya lalu disedut rakus. Nasib baik bandung ni okay. Kalau ini pun fail…
Hmmm… dah ada gelaran chef rasmi ke nak komen ni? No.
Tapi aku tak masak teruk macma ni, okay! Hati berperang dengan otak.
Pasangan tengah hangat bercinta itu diperhatikan. Alahai, sedapnye ayam tu kan?
Memang sedap kalau tengah dilamun cinta. Bagilah racun tikus sekalipun, tak perasan punya! Bebel hatinya. Akhirnya Nabila menuju ke gerai takoyaki.
“Dua box.”
Sekali dua kotak dibelinya. Seterusnya, cari tempat duduk… hah, ada mini kafe di depan tu. beli air, duduk pun okay. Kaki dihayun laju. Laju sampai melanggar had kelajuan dan…
Gedebuk!
“Sorry tak se….



3 comments: